Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID MALABAR

Masih sedia kegiatan dalam talian sebagai pengisian rohani masyarakat

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



BIAR Masjid Malabar masih lagi ditutup untuk kerja-kerja ubah elok bagi seluruh bangunan, ia masih menyediakan kegiatan dalam talian sebagai pengisian rohani masyarakat.



Pengerusi Masjid Malabar, Encik Osman Abdullah, menjelaskan:



"Sejak negara dijangkiti penularan Covid-19, segala kegiatan fizikal terpaksa beralih ke dalam talian.



Jadi, Masjid Malabar telah pun menyahut cabaran dengan berpindah kepada platform teknologi digital."



Masjid Malabar menyediakan program dakwah atau motivasi yang dianjurkan dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Malayalam.



Kepelbagaian ini membolehkan semua masyarakat memahami penyampaian ilmu agama yang diterapkan.



"Semoga dengan kemudahan akan datang yang lebih baik, maka masyarakat Islam daripada semua lapisan umur dapat memakmurkan masjid. Sokonglah kami dengan menderma dan menyertai kegiatan-kegiatan yang dianjurkan," kata Encik Osman.



Encik Osman juga ingin Masjid Malabar kekal kukuh sebagai masjid yang disegani dan selalu dilawati oleh jemaah.



Malah beliau mahu jemaah berkata "selesa dan cantik".



Itulah ungkapan yang ingin didengar daripada jemaah tatkala mereka hadir ke masjid untuk beribadah, kata Encik Osman.



Bagi mendapatkan suasana tersebut, sesebuah masjid perlu mempunyai reka bentuk dalaman dan luaran yang menarik.



Segala kemudahan juga perlu diselenggara dengan baik bagi mengelakkan sebarang kerosakan.



Justeru, kerja-kerja peningkatan sangat ditekankan bagi menyediakan kemudahan maksimum kepada jemaah.



Apa yang dirancang, menaik taraf masjid mengikut inspirasi daripada reka bentuk masjid yang asal.



"Persamaan bangunan baru dan lama yang berdasarkan motif yang sedia ada itu penting agar identiti Masjid Malabar terus kekal dalam keadaan naik taraf.



"Bagaimanapun, kami telah melakukan beberapa elemen pengubahsuaian di bangunan tambahan yang menjadikan rekaan Masjid Malabar semakin moden, sesuai dengan keperluan hari ini.



"Peningkatan tersebut akan menjadikan Masjid Malabar lebih tersergam indah bersama galeri sejarah masjid.



"Dengan itu, masjid ini dapat dijadikan sebagai landasan terbaik untuk menimba ilmu pengetahuan agama dan mendekatkan diri kepada Allah swt.



"Sesungguhnya, kecemerlangan masjid berakar umbi daripada persekitaran masjid yang selesa, selamat dan ceria.



"Kami juga sangat terbuka untuk menyambut kehadiran pengunjung dari luar negara, khususnya apabila keadaan pandemik bertambah baik dan menunggu sempadan negara dibuka semula untuk semua," kata Encik Osman.




CARA HULUR BANTUAN



  • Jika anda ingin memberi sumbangan wang tunai, sila hubungi Imam Shafeeque atau Imam Ismail di talian 6294-3862.

  • Sumbangan juga boleh diberikan melalui pos dengan cek, pesanan pos atau draf bank yang beralamatkan Masjid Malabar, 471 Victoria Street Singapore (198370).

  • Perkhidmatan PayNow menerusi no. UEN S29MQ0053L.

  • Atau imbas kod SGQR Masjid Malabar yang tertera di bawah. Pemindahan wang kepada akaun Masjid Malabar, nombor akaun 581-227204-001 (OCBC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >