Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SOKONGAN RAMAI DIALU-ALU - MASJID BENCOOLEN

Masjid terus aktif dalam talian

Feb 26, 2021 | 05:30 AM



MASJID Bencoolen terus mempergiat usaha mencari dana dalam usaha memantapkan kerja-kerja penambahbaikan untuk masjid kesayangan ramai itu.



Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, berkata:



"Tumpuan utama masjid buat masa sekarang lebih kepada usaha mencari dana yang masih berkurangan. Oleh itu, kami mengharapkan sokongan daripada semua lapisan masyarakat Islam Singapura untuk bersama-sama bersatu hati dalam menjayakan niat murni ini.



"Pelaksanaan naik taraf pembangunan masjid memerlukan kos yang tinggi.. Menurut rekod yang dicatatkan, dana terkumpul setakat ini adalah $200,000. Hasil sumbangan orang ramai, kami telah berjaya mengutip jumlah yang baik, namun kami masih lagi menghadapi kekurangan dana sebanyak $1.5 juta yang harus diperolehi sebelum suku ketiga (Q3) tahun ini.



"Proses mengumpulkan dana ini menjadi satu cabaran yang sangat besar, tetapi ia bukanlah usaha yang mustahil, jika semua masyarakat bekerjasama dalam menyumbangkan apa yang termampu untuk masjid ini."



Dari sudut pengurusan kewangan, pihak masjid akan menggunakan dana terkumpul untuk menampung pembiayaan kerja-kerja peningkatan dan pembangunan semula masjid dengan sepenuhnya.



Tambah Encik Mohamed Rafeeq lagi, kerja-kerja peningkatan ini telah pun berjalan dengan lancar. Pembaharuan tersebut melibatkan kawasan tumpuan jemaah iaitu dewan solat utama, ruang bawah (basement), bilik darjah dan tandas.



Segalanya sedang diubah agar para jemaah dapat menikmati kelengkapan dan kemudahan yang lebih berkualiti.



Disebabkan oleh masjid masih lagi belum dibuka, maka segala kelas dan aktiviti masih belum boleh dijalankan seperti biasa.



"Bagaimanapun, kami menghormati permintaan para jemaah yang menginginkan pengisian agama secara berterusan. Jadi, kelas mengaji, ceramah, doa dan bimbingan agama sentiasa aktif dan dijalankan secara dalam talian.



"Sebelum pembukaan Masjid Bencoolen yang dijadualkan untuk dibuka semula pada suku ketiga tahun ini, diharapkan masjid dapat mengutip dana dengan lebih banyak demi kemaslahatan para jemaah yang hadir ke masjid," ujar Encik Mohamed Rafeeq.




CARA MENYUMBANG



- Dengan pemindahan wang ke akaun bank OCBC yang bernombor 506-010925-001



- Lungsuri https://masjidbencoolen.org/donate.



- Untuk urusan sumbangan melalui pembayaran cek, sila hantar cek dengan menyertakan nama 'Masjid Bencoolen' dan hantar kepada alamat 51 Bencoolen Street, #01-01, Singapura 189630.



- Hubungi 6333-3016 untuk maklumat lanjut



- Layari Facebook@Masjid.bencoolen atau Youtube@masjidbencoolenTV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >