Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Syarikat pemula peniaga Melayu tarik jutaan dolar dari penyedia modal

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat pemula peniaga Melayu tarik jutaan dolar dari penyedia modal

Oct 30, 2021 | 05:30 AM

BEBERAPA syarikat pemula (start-up) dibentuk usahawan Melayu/Islam telah mengumpulkan dana jutaan dolar bagi perniagaan mereka dari firma-firma penyedia modal (VC) dan pelabur muhibah yang melihat potensi perniagaan mereka.

Daripada hasil dana itu, mereka telah dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih besar di peringkat serantau, dengan Singapura, Malaysia dan Indonesia menjadi tumpuan pasaran mereka.

Ia merupakan satu usaha mereka ke arah menjadi sebuah 'unicorn', istilah yang digunakan bagi firma pemula yang mempunyai nilai lebih AS$1 bilion ($1.34 bilion).

Antaranya ialah kumpulan penjanaan dana awam berlandaskan syariah, Ethis Group, yang diasaskan Encik Umar Munshi yang telah mengumpulkan dana ekuiti sebanyak AS$1.7 juta ($2.28 juta) dari para pelabur dalam pusingan pengumpulan dana pra-Siri A bagi memperluaskan perniagaan itu di Indonesia dan Malaysia.

Encik Syed Ali Ridha Madihid, yang menubuhkan Luwjistik yang menyediakan huraian logistik bagi memanfaatkan peluang dalam sektor e-dagang yang tumbuh pesat dalam pandemik ini, telah mengumpulkan modal permulaan sebanyak $1.49 juta.

Usahawan yang membentuk syarikat pemulanya yang ketiga telah mengumpul dana yang diterajui firma modal usaha niaga dari Indonesia, East Ventures.

Perkembangan syarikat-syarikat pemula itu sejajar dengan trend antarabangsa di mana banyak syarikat pemula berdasarkan teknologi dibentuk dan telah mengganggu industri tradisional.

Model perniagaan syarikat pemula ini berbeza kerana mereka inginkan meluaskan perniagaan dengan pantas dan menikmati pertumbuhan pesat yang dapat dilaksanakan dengan memperkenalkan di beberapa negara lain.

Di Singapura, perniagaan e-dagangan Lazada dan Shopee, serta syarikat sewa kenderaan privet, Grab, telah menempa nama dalam industri itu.

Para pengasas syarikat-syarikat ini tidak berhenti di situ dan mewujudkan lebih 1,000 syarikat pemula di rantau ini, menurut kajian firma Bain & Co and the Tech For Good Institute.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) wadah huraian bekalan bijak Gaed (Global Analytics Energy Doctor) Encik Azhar Othman berkata banyak VC yang berminat melabur dalam syarikat pemula yang berpotensi.

"Kita melihat banyak syarikat pemula dari luar negara yang memanfaatkan dana-dana VC ini. Masyarakat kita, terutama anak-anak muda yang berbakat, tidak harus melepaskan peluang ini,'' kata Encik Azhar, yang juga Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).

Namun, beliau akur tidak semua yang akan berjaya dan ada juga yang akan kecundang.

Mengongsi pengalamannya yang membuka Ethis pada 2014, Encik Umar, yang kini berpangkalan di Kuala Lumpur (KL), berkata:

"Masyarakat kita perlu menunjukkan kisah kejayaan dan contoh pengasas Melayu/Islam dari Singapura yang melancarkan syarikat pemula yang berpotensi. Singapura merupakan pangkalan yang baik bagi syarikat pemula teknologi dan rangkaian hubungan yang baik dengan negara-negara seperti Indonesia dan Malaysia menawarkan banyak peluang perniagaan.''

Seorang lagi usahawan, Encik Muhammad Syakir Hashim, menubuhkan syarikat pemula, Skolafund, yang memadankan pelajar kurang berkemampuan bagi membiayai yuran pengajian tinggi menerusi penjanaan awam pada 2015, semasa menuntut di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Pada 2019, SkolaFund dibeli oleh salah sebuah firma penjanaan ekuiti yang besar di Asia yang melihat potensi perniagaan itu.

Mengongsi pengalamannya, Encik Syakir, 28 tahun, mantan ketua pegawai operasi (COO) Skolafund berkata masyarakat Melayu/Islam di Singapura tidak ketandusan bakat dan semangat keusahatekwanan.

"Masyarakat kita tidak kurang hebatnya dari segi bakat. Apa yang kita kurang ialah modal sosial atau 'social capital'. Pengalaman saya menunjukkan bahawa ia tidak mudah untuk hanya menunjukkan idea kita kepada orang lain tetapi apa yang lebih penting ialah siapa yang kita kenal,'' katanya.

Perluasan syarikat memerlukan banyak dana terutama jika perniagaan itu adalah dalam bidang teknologi yang terkini, teknologi kewangan atau pun teknologi pertanian.

"Bagi mendapat pembiayaan, ia adalah mengenai siapa yang kita kenal. Siapakah yang akan membiayai idea kita?'' kata Encik Syakir, siswazah Sarjana Muda dalam Ehwal Global daripada NUS.

Selepas Skolafund, beliau tidak membentuk firma pemula lain tetapi sebaliknya menjadi Timbalan Presiden Kanan Operasi bagi syarikat Wahed Invest yang berpangkalan di New York.

Beliau bertanggungjawab menjaga operasi firma teknologi kewangan (fintech), yang menawarkan pengurusan harta beretika melalui dalam talian, di lapan negara termasuk Malaysia.

"Dengan tugas saya ini, saya dapat meluaskan rangkaian saya atau modal sosial saya kerana syarikat ini menarik pelaburan syarikat-syarikat besar seperti Saudi Aramco dan Bank Al-Rajhi,'' katanya, yang kini menjalankan tugasnya dari Malaysia.

Bagi memupuk semangat seperti usahawan-usahawan ini, DPPMS juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif termasuk program inkubasi, Protege Kita, selama 18 bulan. Sembilan kumpulan yang tamat program itu dipadankan untuk mendapat bimbingan dari VC.

DPPMS juga mempunyai Jawatankuasa Penasihat Pelaburan (IAC) yang membolehkan anggota mengakses VC-VC ini, kata Presiden DPPMS Encik Farid Khan.

Cabang belia Aspire@DPPMS dibentuk bagi menghubungkan usahawan-usahawan muda melalui jaringan niaga.

"Aspire@DPPMS ingin membangunkan dan meningkatkan keupayaan firma pemula dan usahawan muda. Kami akan bekerjasama dengan pertubuhan dan wadah lain bagi mewujudkan kerjasama dan peluang bagi usahawan muda ini,'' kata Encik Farid.


MATLAMAT DPPMS BANTU FIRMA PEMULA 
"Aspire@DPPMS ingin membangunkan dan meningkatkan keupayaan firma pemula dan usahawan muda.
Kami akan bekerjasama dengan pertubuhan dan wadah lain bagi mewujudkan kerjasama dan peluang bagi usahawan muda ini."

- Presiden DPPMS, Encik Farid Khan.

MASYARAKAT KITA ADA BAKAT TAPI KURANG MODAL SOSIAL 
"Masyarakat kita tidak kurang hebatnya dari segi bakat. Apa yang kita kurang ialah modal sosial atau 'social capital'.
Pengalaman saya menunjukkan bahawa ia tidak mudah untuk hanya menunjukkan idea kita kepada orang lain tetapi apa yang lebih penting ialah siapa yang kita kenal.''

- Encik Muhammad Syakir Hashim, Timbalan Presiden Kanan Operasi bagi syarikat Wahed Invest, yang berpangkalan di New York. Firma pemula diasaskannya, SkolaFund, telah dibeli oleh salah sebuah firma penjanaan ekuiti yang besar di Asia selepas empat tahun beliau mengasaskannya.


ANTARA BANTUAN BAGI FIRMA PEMULA

Beberapa geran bantuan disediakan oleh pemerintah bagi membantu syarikat pemula atau 'start-up'.

1) STARTUP SG FOUNDER

  • Firma pemula boleh dapatkan sokongan dana, bimbingan dan rangkaian niaga.
  • Ia menyediakan bimbingan dan geran modal bagi usahawan kali pertama yang mempunyai idea perniagaan inovatif. Enterprise Singapore (ESG) akan padankan $3 bagi setiap $1 dikumpulkan usahawan.
    ESG melantik rakan bimbingan yang layak (AMP) yang akan kenal-pasti pemohon yang layak berdasarkan konsep niaga yang unik.

2) STARTUP SG TECH

  • Sediakan geran yang mempercepat perkembangan huraian teknologi hak milik cipta dan mempercepatkan perkembangan firma.
  • Geran ini akan juga mempunyai komponen ekuiti yang membolehkan Enterprise Singapore (ESG) mempunyai hak bagi melaksanakan langganan saham. Ia bagi memupuk disiplin kewangan dan minda pertumbuhan yang konsisten dengan firma teknologi baru yang dilabur firma lain.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3