Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Melestari wayang kulit agar dihargai generasi muda

Oct 07, 2021 | 05:30 AM



WAYANG kulit alami perubahan, wajar dipromosikan kepada generasi muda dan memelihara kesenian tradisional bukanlah bermaksud ketinggalan zaman.



Apatah lagi jika kesenian itu merupakan budaya tradisi dari kaum sendiri.



Seharusnya, masyarakat Melayu berbangga dengan kesenian tradisional kerana ia tunggak kepada identiti kepada sebuah kaum.



Pandangan itu dikongsi penggiat bahasa, Encik Ibrahim Ariff, yang bersemangat mempromosikan kebudayaan wayang kulit melalui buku penulisannya, 'Wayang Kulit: Shadow Puppet Show'.



Walaupun tidak tidak pernah melibatkan diri dalam aspek wayang kulit secara langsung, Encik Ibrahim berkata wayang kulit sudah wujud sejak 800 tahun lalu.



"Budaya ini patut dikekalkan bagi memupuk semangat cintakan kebudayaan sendiri, lebih-lebih lagi jika ia diperkenalkan kepada generasi muda.



"Ia sekali gus mempromosikan usaha penggiat seni wayang kulit dan memberi semangat kepada mereka untuk mengekalkan penglibatan dalam kesenian unik ini.



"Wayang kulit sudah mengalami perubahan dan masih relevan untuk dipersembahkan kepada masyarakat hari ini.



"Kebanyakan persembahan wayang kulit tidak lagi menggunakan peralatan lama atau tradisional. Sebaliknya, sebahagian penggiat seni memilih cara moden seperti peralatan laser, piring terbang dan sebagainya.



"Usaha ini menjadi satu jalan murni kerana ia akan menimbulkan minat terhadap anak-anak muda hari ini, khususnya para pelajar sekolah rendah dan menengah. Apabila pembaharuan seperti ini dilakukan, generasi muda akan rasa lebih selesa untuk mendekati budaya Melayu," kata beliau.



Encik Ibrahim, yang juga merupakan seorang usahawan, melahirkan rasa kesal tidak sempat meluaskan kajian bukunya ke negara-negara yang terlibat dengan wayang kulit akibat pandemik Covid-19.



"Ia agak mendukacitakan apabila saya hanya sempat melawat Riau sahaja untuk temu ramah anggota wayang kulit di sana.



"Kemunculan pandemik telah menyebabkan keterbatasan untuk saya merantau ke lebih banyak tempat bagi mengkaji perihal wayang kulit.



"Tetapi, saya dapati terdapat kumpulan yang mempersembahkan wayang kulit secara senyap di Indonesia.



"Walaupun tiada dialog, penonton masih mampu menitiskan air mata kerana jalan cerita yang disampaikan sangat berkesan sehingga menjentik hati mereka.



"Disebabkan sambutan yang luar biasa itu, saya juga menyimpan hasrat untuk menonton bersama.



"Namun, hasrat tersebut terpaksa ditangguh dahulu kerana Covid-19 masih berleluasa," katanya.



Walau kecewa, beliau tetap menghargai usaha para penggiat dengan merakamkan kisah mereka dalam bukunya.



Buku wayang kulit itu mengetengahkan pengenalan, isi cerita dan cara persembahan diadakan, sekali gus memberi pendedahan kepada umum tentang perubahan struktur wayang kulit.



"Saya menyelitkan informasi dari segi proses penghasilan peralatan dan cara persembahan yang berbeza di setiap negara bergantung pada kebudayaan negara masing-masing.



"Untuk pengetahuan semua, wayang kulit dahulu dimulakan dengan acara ritual seperti tabur beras, korban ayam, silat dan lain-lain.



"Pada masa yang sama, wayang kulit dahulu mempunyai tujuan tersendiri seperti menyembuhkan penyakit atau menghalau gangguan makhluk halus.



"Tetapi pada hari ini, wayang kulit sudah mengalami pemodenan dari segi tujuan dan cara persembahan dengan menghapuskan unsur-unsur supernatural. Sekarang, ia lebih kepada tujuan hiburan.



"Kalau dahulu, wayang kulit hanya dipersembahkan pada waktu malam sahaja. Kini, dengan perkembangan yang semakin moden, wayang kulit sudah boleh dipersembahkan pada bila-bila masa dan agak mudah untuk menghubungi individu yang mempersembahkan wayang kulit," kata beliau.



Menurut Encik Ibrahim lagi wayang kulit ini juga banyak dipromosikan oleh orang bukan Melayu.



Contohnya, terdapat Tok Dalang wayang Kulit berbangsa Cina di Kelantan yang giat mempromosikan kesenian tradisional Melayu ini.



Penglibatan tanpa batasan itu merupakan satu petanda baik untuk mengembangkan lagi kesenian tersebut.



Selain itu, wayang kulit juga diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) sebagai sebuah karya kebudayaan yang mengagumkan (Masterpiece of Oral and Intangible Heritage of Humanity) pada 7 November 2003.



Oleh itu, kita wajar memainkan peranan untuk terus memajukan dan mempromosikan wayang kulit yang menjadi identiti orang Melayu, ujar Encik Ibrahim.




"Wayang kulit sudah wujud sejak 800 tahun lalu. Budaya ini patut dikekalkan bagi memupuk semangat cintakan kebudayaan sendiri, lebih-lebih lagi, jika ia diperkenalkan kepada generasi muda. Ia sekali gus mempromosikan usaha penggiat seni wayang kulit dan memberi semangat kepada mereka untuk mengekalkan penglibatan dalam kesenian unik ini. Wayang kulit sudah mengalami perubahan dan masih relevan untuk dipersembahkan kepada masyarakat hari ini"
- Encik Ibrahim Ariff.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >