Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Memang tiba masa naik taraf Tg Katong Complex'

Projek sebahagian usaha berterusan bangunkan jalur budaya Geylang Serai
Dec 10, 2021 | 05:30 AM



KERJA-KERJA naik taraf bagi Tanjong Katong Complex (TKC) memang sewajarnya dilakukan bagi merancakkan pusat beli-belah itu supaya dapat menarik pelanggan lebih luas khususnya generasi muda, di samping mempelbagaikan gabungan produk yang dijual di sana, menurut para peniaga dan pelanggan.



TKC, yang biasanya rancak menjelangnya perayaan Hari Raya, telah terjejas teruk dengan pandemik Covid-19 dengan kadar kedai yang tidak disewa telah meningkat.



"Kadar kedai yang tidak disewakan adalah 1 peratus pada 2018 dan meningkat kepada 10 peratus mencecah tahun ini,'' kata Penguasa Tanah Singapura (SLA), yang memantau TKC sebagai hartanah milik pemerintah, bagi menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) mengenai keadaan di TKC itu.



Pemilik Butik Zen Aura, Cik Hayati Kasmani, akur tempat itu amat sunyi kerana tidak ramai orang yang lalu-lalang.



"Ada beberapa unit yang tidak disewakan, jadi suasananya kurang positif. Keadaan cukup sunyi pada hari-hari biasa. Apabila Covid-19 melanda, perniagaan saya susut 70 peratus. Tanpa media sosial dan perniagaan dalam talian, sukar untuk perniagaan saya bertahan. Justeru memperbarui pusat itu harus dilakukan bagi memberi nafas baru dan merancakkan suasana,'' kata Cik Hayati, yang sudah berniaga di situ sejak 2017.



Pemilik butik An-Nahl, Cik Mardiah Kamarudin, 62 tahun, pula berkata keadaan telah berubah sejak beberapa tahun lalu, dan perniagaan tidak serancak dulu.



"Kalau dulu, kita ada restoran di tingkat satu, ada mesin ATM dan pasar raya Giant yang menarik pengunjung ke sini. Tetapi, keadaan berubah apabila khidmat dan kemudahan ini ditiadakan,'' ujarnya, yang sudah berniaga di sana sejak 16 tahun lalu.



Oleh itu, kerja-kerja naik taraf bagi bangunan 37 tahun itu memang wajar dilakukan bagi memberi kesegaran dan kerancakan bagi bangunan itu.



Usaha menaik taraf bangunan itu adalah sebagai sebahagian usaha bagi membangunkan jalur budaya Geylang Serai, menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan pengerusi jalur budaya Geylang Serai, Dr Mohamad Maliki Osman kelmarin.



Jalur itu merangkumi kawasan TKC hingga Kelab Masyarakat (CC) Kampong Ubi, iaitu sepanjang Geylang Road dan Sims Avenue.



Dengan TKC yang diperbaru, pengunjung boleh dapatkan lebih banyak ruang runcit, pilihan makanan dan minuman (F&B) lebih luas termasuk ruang F&B atas bumbung, ruang bagi kegiatan masyarakat dan kemudahan dan khidmat lebih baik.



Laluan masuk baru akan juga diperkenalkan bagi memudahkan pengunjung yang datang dari Stesen MRT Paya Lebar ke TKC.



Kerja-kerja naik taraf itu akan bermula dari Ogos 2023 dan dijangka berakhir menjelang Julai 2026.



Pemilik butik Elmaya, Encik Samsu Mabi, 77 tahun, yang sudah berniaga di sana selama 30 tahun, berkata: "Kami gembira bangunan itu akan dikekalkan tetapi daya tarikannya dipertingkatkan lagi bagi menjadikan kawasan Geylang Serai ini kawasan beli-belah utama bagi masyarakat kita.''



Para penyewa di TKC, yang diberi tempoh sewa sehingga 30 Jun 2023 untuk berniaga, perlu mencari lokasi alternatif bagi perniagaan mereka.



Rata-rata mereka menyatakan kesediaan mereka untuk kembali ke pusat beli-belah itu setelah diperbaru nanti.



"Kita sudah niaga 30 tahun di sana. Apa yang kami harapkan ialah SLA beri keutamaan kepada kami penyewa lama untuk sambung niaga di sana selepas dinaik taraf,'' ujar Encik Samsu.



Beliau memahami jika harga sewa perlu meningkat selepas dinaik taraf sejajar dengan kadar pasaran.



Para pelanggan dan peniaga pula mengharapkan perubahan TKC akan mempelbagaikan jenis produk ditawarkan di sana.



Cik Hayati menambah perlunya adakan F&B berupa restoran-restoran keluarga bagi menarik pelanggan ke sana.



Cik Atiqah Saiman, 22 tahun, seorang pelajar politeknik, yang sudah tidak ke TKC sejak empat tahun lalu, berharap lebih banyak kafe hipster diperkenalkan bagi menjual makanan yang menarik bagi anak-anak muda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >