Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MEMPERINGATI 2 DEKAD PENANGKAPAN JI DI S’PURA: MEMBELA NASIB BEKAS TAHANAN AGAR BERDIKARI

Bos syarikat pembersihan tidak keberatan beri tahanan ISD pekerjaan

Dec 06, 2021 | 05:30 AM



BELIAU pemilik sebuah syarikat khidmat pembersihan namun Encik John Tan bukan sahaja memainkan peranan sebagai bos.



Kadangkala, beliau turut memainkan peranan sebagai mentor, sahabat dan malah sebagai tukang risik kepada bekas tahanan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) yang bekerja dengannya.



Bagi Encik Tan yang mengambil bekas tahanan ISD bekerja, beliau menganggap semua pekerjanya sama, tanpa mengira latar belakang mereka.



"Kita semua manusia dan saya selalu percaya bahawa kita harus memberi peluang kedua kepada bekas tahanan ini dan menyokong mereka... antara lain dengan memberi mereka peluang pekerjaan serta membimbing mereka.



"Kita harus memberi mereka peluang untuk membina semula kehidupan mereka dan memberi mereka sokongan sosial, moral dan juga kewangan... serta melakukan apa sahaja untuk membantu mereka," ujarnya.



Berkongsi pengalamannya mengambil bekas tahanan ISD bekerja dengan syarikatnya, Encik Tan yang berusia 50-an tahun berkata mereka pekerja yang rajin dan bersyukur mendapat peluang kedua dan pekerjaan.



Akur akan cabaran yang dihadapi sesetengah bekas tahanan untuk mendapatkan pekerjaan, beliau berkata mereka kadangkala rasa bimbang dan takut kerana permohonan kerja mereka pernah ditolak banyak kali oleh majikan lain.



Namun, beliau gigih meraih kepercayaan mereka dan berusaha mengenali mereka dengan lebih dekat.



Tambahnya, golongan pekerja ini menyesali kesilapan lama mereka dan kini mahu memulakan kehidupan baru, seringkali menjalankan tugas mereka terbaik mungkin.



Malah menurut Encik Tan, pekerja ini juga dipuji kliennya.



Meskipun kebanyakan kliennya tidak tahu tentang latar belakang bekas tahanan ISD yang bekerja dengan syarikatnya itu, klien yang tahu tidak kisah dan menyokong beliau, ujarnya.



Menggalak majikan lain untuk turut memberi peluang kepada bekas tahanan ISD ini, beliau berkata:



"Saya rasa kita harus memberi mereka peluang untuk membuktikan diri mereka.



"Langkah memberi mereka peluang ini merupakan satu sumbangan besar kepada masyarakat, dengan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik dan berupaya bersepadu semula dalam masyarakat."



Selain memberi peluang pekerjaan kepada bekas tahanan ISD, Encik Tan juga memberi mereka peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran dan menggilap potensi kepimpinan mereka, sama seperti pekerja lain di syarikatnya.



Sebagai contoh, selepas mengenal pasti ciri kepimpinan dalam seorang pekerjanya yang merupakan bekas tahanan ISD, beliau menghantarnya untuk menyertai pelbagai kursus dan memberinya tanggungjawab memimpin sepasukan pekerja sebagai penyelia. Pekerja itu sudah 12 tahun bekerja dengannya.



Beliau juga kerap meluangkan masa dengan bekas tahanan ISD yang bekerja dengannya dan cuba membantu mereka sekiranya mereka menghadapi masalah atau merujukkan masalah mereka itu kepada pegawai yang bertanggungjawab.



Bekas tahanan ISD yang bekerja dengannya turut menghargai sokongan serta peluang yang diberikan kepada mereka.



Encik Tan berkongsi bagaimana salah seorang daripada mereka menjamu rakan kerjanya makan di tempat kerja dan mereka juga mengundangnya ke rumah mereka semasa Hari Raya.



Sokongan yang diberikannya kepada bekas tahanan ISD yang bekerja dengannya cukup meluas sehingga beliau juga pernah menjadi tukang risik bagi salah seorang daripada mereka yang berhasrat mencari jodoh.



Hasil usaha Encik Tan, pekerja itu bertemu jodoh dengan seorang pekerja wanita di syarikatnya dan mereka mendirikan rumahtangga.



Bagi Encik Tan, beliau juga amat menghargai kerjasama rapat antara beliau dengan ISD untuk membantu secara menyeluruh bekas tahanan ini menjalani pemulihan dan bersepadu semula dalam masyarakat.




"Saya rasa kita harus memberi mereka peluang untuk membuktikan diri mereka.

Langkah memberi mereka peluang ini merupakan satu sumbangan besar kepada masyarakat, dengan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik dan berupaya bersepadu semula dalam masyarakat."

- Encik John Tan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >