Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Memupuk aspirasi dalam kalangan guru

Nov 09, 2020 | 05:30 AM



MAMPUKAH perbezaan ketara wujud sekiranya amalan bermuhasabah diri diterap dalam pembelajaran?



Apakah kemahiran yang diperlukan bagi guru untuk bermuhasabah semasa mengajar? Mengapakah kita perlu bermuhasabah diri?



Itulah persoalan yang timbul di minda tatkala saya menulis pandangan ini.



Baru-baru ini, saya terbaca kata-kata seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak asal Amerika Syarikat, Cik Sally Haughey:



"Apabila terlihat pancaran kilauan dalam mata kanak-kanak ini merupakan tanda kejayaan dalam pengajaran."



Mungkin setiap seorang daripada kita memberi respons berbeza kepada ayat Cik Haughey atas sebab-sebab berlainan - berdasarkan pengalaman hidup atau hanya sekadar pemantauan dan mendengar perkongsian orang lain.



MUHASABAH BAGI HASILKAN SUASANA SELESA



Sebagai guru kita inginkan yang terbaik bagi para pelajar kita, namun bagi seorang guru yang baru dalam bidang pengajaran akan timbul persoalan seperti: Bagaimana?



Ini berbeza dengan seorang guru berpengalaman dengan persoalan dalam mindanya, seperti: Apa lagi yang perlu saya lakukan?



Guru yang bersemangat akan memberikan mutu yang terbaik dalam kerjaya mereka dan akan terus membaca serta meneroka pengetahuan baru bagi meluaskan pedagogi pengajaran mereka.



Yang pasti guru memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak semasa dalam bilik darjah, dan juga guru memainkan peranan yang berbilang.



Semasa dalam kelas, gurulah yang menentukan sekitaran yang diperlukan dalam menghasilkan suasana yang selesa mengikut kumpulan usia pelajar.



Sememangnya guru bertanggungjawab bagi sikap sosial yang diterap dalam bilik darjah mereka. Sikap ini hasil muhasabah guru yang bertindak mengikut suasana yang ditentukannya.



Guru pendidikan awal akan memastikan bilik darjah kendaliannya menyokong pembangunan kanak-kanak, seperti bahan yang sesuai bagi menyokong keperluan fizikal, intelektual, sosial dan emosi pelajarnya.



Bagi menghasilkan susasana yang selesa, mereka perlu bermuhasabah, berfikir dan berbincang dengan rakan masing-masing.



Timbulkan soalan seperti:



Apakah yang tiada? Apakah yang perlu ditambah? Apakah anda fikir kanak-kanak akan meraih manfaatnya?



TIMBA ILMU DARIPADA RAKAN



Memang menarik mendengarkan perbincangan guru bersama rakan-rakan mereka semata-mata untuk memberikan yang terbaik kepada para pelajar.



Saya sendiri pernah menyaksikan bagaimana guru dapat belajar hasil daripada pengetahuan yang dikongsi rakan sekerja serta penyelia mereka. Terdapat seperti pengayaan dalam pembelajaran yang ditimba masing-masing.



Guru sebenarnya merupakan golongan yang kreatif dan inovatif, penuh dengan perkara yang tidak diduga.



Saya sendiri teruja apabila melihat guru bekerjasama hasilkan bahan pengajaran daripada barangan terpakai, ternyata mereka tahu apakah yang mampu mempertingkat kecekapan pelajar mereka.



Apabila setiap kali seorang guru itu berasa penat, apa kata anda berhenti sejenak dan bertanyakan soalan ini dan bermuhasabah diri:



Mengapa anda berada di sini dan lakukan semua ini?



Ramai dalam kalangan kita menyertai bidang ini kerana inginkan yang terbaik buat para pelajar, dan yakin bahawa apabila seorang kanak-kanak itu diberi perhatian, pendapatnya didengar dan dihargai, sudah pasti ini akan dapat merubah kehidupan mereka.



Seorang guru mampu mempertingkat pengetahuan pengajarannya dengan menghadiri kursus atau perbincangan bersama rakan-rakan sekerja atau sahabat daripada kumpulan rangkaiannya sendiri.



Membaca artikel atau buku berkaitan strategi pengajaran akan dapat menawarkan guru itu dengan idea serta pandangan yang diperlukan.



Sebagai guru kita perlu ada disiplin diri, sikap professional dan terus mempertingkat pengetahuan dengan isu serta trend terkini.



Mudah-mudahan, kata-kata yang pernah diluahkan seorang pakar psikologi kanak-kanak dan pakar psikoterapi, mendiang Haim Ginott, dapat memberi inspirasi dan mendorong anda bermuhasabah sedang anda menjalankan amanah dalam bidang ini.



"Layanlah seorang kanak-kanak seolah-olah dia seorang yang mampu menjadi yang terbaik."



  • Penulis Ketua Operasi, Jaminan Kualiti dan Pembangunan Keupayaan, Pusat Pembangunan Kanak-Kanak PPIS.


Ramai dalam kalangan kita menyertai bidang ini kerana inginkan yang terbaik buat para pelajar, dan yakin bahawa apabila seorang kanak-kanak itu diberi perhatian, pendapatnya didengar dan dihargai, sudah pasti ini akan dapat merubah kehidupan mereka.



Seorang guru mampu mempertingkat pengetahuan pengajarannya dengan menghadiri kursus atau perbincangan bersama rakan-rakan sekerja atau sahabat daripada kumpulan rangkaiannya sendiri.



Membaca artikel atau buku berkaitan strategi pengajaran akan dapat menawarkan guru itu dengan idea serta pandangan yang diperlukan.
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >