Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Mencari Makna

Sep 25, 2022 | 05:30 AM

Aku yang sebentar memandang hidup

Dirakam dalam warna-warni keriangan

Sinar memancar sedikit demi sedikit

Hingga terpanah dan kekal berakit

Ada kala mainannya berangkai

Mendayung mengikut arus

Iltizamnya rapuh bernafsu bagai

Semakin mengenal dunia semakin alpa

Ingin merasakan segalanya

Siang menenun hidup

Malam menelan sindiran

Dikutip dari reja-reja lakonan

Dimamah masa kelaparan

Meneguk kepahitan dan kemanisan

Berlari mencari, melutut

Ruang kebebasan yang kalut

Berhenti di jurang kemelut

Mencari cahaya hakiki

Dengan pasrah mendekati

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >