Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Mengejar 'angka magis' rebut jadi PM

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA

Mengejar 'angka magis' rebut jadi PM

Aug 18, 2021 | 05:30 AM

BELUM pun Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan secara rasmi sebagai perdana menteri, para pemain politik sibuk memancing sokongan bagi mengisi jawatan yang kosong ketika ini.

Sehingga enam nama yang 'dijejerkan' di kalangan media bagi jawatan perdana menteri.

Seperti diketahui, beberapa nama yang tular dan 'boleh' diangkat sebagai perdana menteri, ialah:

  • Tengku Razaleigh Hamzah
  • Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; dan,
  • Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

Selain mereka ada juga kejutan dengan nama Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga 'dicanang'.

Yang jelas dari senarai ini, kesemua mereka adalah pemimpin kanan atau bekas pemimpin kanan Umno - sekali gus menunjukkan keampuhan barisan kepimpinan parti itu.

Cuma, langkah Umno mengusulkan Tengku Razaleigh dilihat sebagai satu pendekatan berkecuali dan sangat strategik yang tidak menggugat hierarki parti 'Sang Saka Bangsa' itu - selaras dengan matlamatnya menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil untuk satu tempoh yang munasabah bagi menangani pandemik Covid-19 dan menguruskan kesejahteraan rakyat yang begitu meruncing.

"Ku Li bagus, dia tahu selok-belok parti dan pentadbiran kerajaan. Orang istana lagi. Cuma dia kelihatan uzur dan dah lama sangat di luar kerajaan. Jadi susah untuk dia dapat undi ahli parlimen," kata seorang aktivis Umno Selangor, yang enggan identiti didedahkan.

Kedudukan Datuk Ismail didapati ada kelebihan kerana mendapat sokongan Perikatan Nasional selain Datuk Hishamuddin sebagai calon perdana menteri cuma penamaan mereka didapati berisiko disebabkan kedudukan kedua-dua dalam Umno.

"Mereka ni takkan nak lompat ke Bersatu kerana implikasinya sangat besar. Jadi mereka kena fikir masak-masak. Mungkin ini permainan Umno juga, dengan tiga calon yang ada, peluang Umno kembali pimpin kerajaan cerah" kata aktivis Umno itu lagi.

Anggota-anggota parti yang dihubungi Berita Harian menyatakan dalam perebutan kedudukan kali ini, kelihatannya empat parti politik - Parti Tindakan Demokratik (DAP), Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempunyai kelebihan mengatasi parti-parti lain disebabkan mereka mempunyai jumlah kerusi yang besar.

DAP mempunyai 42 kerusi, Umno (38), PKR (35) dan Bersatu (31).

Beberapa parti lain seperti Parti Islam SeMalaysia (PAS) mempunyai 18 kerusi; Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) (13); dan, Parti Amanah Negara (Amanah) sebanyak 11 kerusi.

Seharusnya, dengan penggabungan parti dan sokongan oleh ahli parlimen bebas, tidak sukar untuk seseorang calon raih sokongan majoriti.

Tetapi dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang meminta semua Ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu surat akuan yang menyatakan secara terang dan jelas nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang layak menjadi Perdana Menteri, usaha parti-parti politik 'menitahkan' ahli parlimen mereka mengikut keputusan parti adalah sukar.

Kali ini setiap ahli parlimen boleh usul sokongan mengikut pertimbangan dan budi bicara masing-masing dan tidak dibebani tuntutan parti.

Apakah ini bermakna Tan Sri Muhyiddin yang kini berperanan sebagai perdana menteri interim (sementara) boleh dipilih semula sebagai perdana menteri kesembilan?

Realitinya, politik bukan ilmu hisab atau matematik lanjutan, ia adalah rangkuman percampuran asas kira-kira, ilmu sains dan seni percaturan yang mampu mengemukakan suatu yang 'mustahil' tetapi mampu diterima ramai.

Tumpuan kini terarah kepada Presiden PKR, Datuk Anwar, yang menjadi sandaran Pakatan Harapan untuk kembali memerintah.

"Kemungkinan Anwar mendapat sokongan lebih tinggi mungkin berlaku jika ketua parti-parti pembangkang dan calon bebas termasuk beberapa ahli parlimen Umno memberi sokongan kepadanya.

"Pada satu ketika, jumlah sokongan yang dia terima memang tinggi," kata seorang ahli PKR yang meminta namanya tidak disiarkan.

"Warisan akan sokong DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai PM jika DSAI boleh dapat atasi angka magis dan berharap PH akan beri hak pertama untuk menolak kepada Shafie jika DSAI gagal melepasi angka magis itu," kata ketua pemuda Parti Warisan Sabah, Datuk Azis Jamman dalam catatan di Twitter, semalam.

Angka magis yang dimaksudkan beliau ialah memperolehi lebih 105 sokongan, kerana Dewan Rakyat pada masa ini mempunyai 220 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi kerana dua kerusi lagi masih kosong disebabkan kematian penyandangnya.

Untuk meraih sokongan majoriti seseorang calon perlu mendapat 111 sokongan ahli parlimen.

Sokongan 140 Ahli Parlimen akan menjadikan kerajaan yang dibentuk lebih kukuh dan mampu mengelak episod serupa berulang.

Ketika ini ada gembar-gembur Datuk Anwar menjadi PM dengan Datuk Mohd Shafie menjadi timbalannya.

Warisan juga telah menamakan Datuk Seri Mohd Shafie sebagai calon perdana menteri.

Bagaimanapun terdapat kemungkinan ada ahli parlimen bersikap berkecuali dan tidak usul sokongan untuk calon perdana menteri.

Seorang aktivis Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memberitahu akhbar ini kemungkinan ahli-ahli parlimen parti itu tidak mengusulkan sebarang nama.

Ini difahami kerana pemimpin parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, mahukan sebuah pentadbiran ala Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang memerintah Malaysia selepas rusuhan 1969 hingga 1971.

Namun apapun, keputusan dijangka diketahui selepas 4 petang ini.


"Warisan akan sokong DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai PM jika DSAI boleh dapat atasi angka magis dan berharap PH akan beri hak pertama untuk menolak kepada Shafie jika DSAI gagal melepasi angka magis itu."
- Datuk Azis Jamman, Ketua pemuda Parti Warisan Sabah, dalam catatan di Twitter semalam merujuk kepada angka lebih 105 sokongan.


KRONOLOGI

  • 24 Februari 2020
    Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad, letak jawatan disebabkan krisis dalaman Pakatan Harapan apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpinnya berundur daripada gagasan tersebut yang digerakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Yang di-Pertuan Agong lantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri sementara.
  • 29 Februari 2020
    Selepas bertemu ahli parlimen, Agong lantik Tan Sri Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8, selepas mendapati beliau punya sokongan majoriti.
  • 1 Mac 2020
    Tan Sri Muhyiddin angkat sumpah sebagai perdana menteri.
  • 13 Mei 2020
    Speaker Parlimen tangguh usul undi percaya ke atas perdana menteri yang diusulkan Dr Mahathir, kerana kerajaan perlu beri tumpuan kepada usaha tangani Covid-19.
  • 13 Oktober 2020
    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadap Agong bagi membuktikan beliau ada sokongan majoriti bentuk kerajaan. Istana tolak usaha Datuk Anwar kerana tidak menamakan ahli parlimen yang menyokongnya.
  • 23-26 Oktober 2020
    Tan Sri Muhyiddin mohon perkenan Agong isytihar Perintah Darurat bagi tangani pandemik Covid-19. Agong tolak.
  • 26 November 2020
    Parlimen lulus Belanjawan, kali pertama Tan Sri Muhyiddin raih sokongan majoriti parlimen.
  • 12 Januari 2021
    Agong isytihar Perintah Darurat sehingga 1 Ogos disebabkan peningkatan kes Covid-19. Pembangkang tolak langkah kerajaan Perikatan Nasional mahu kekal kuasa.
  • 28 Mac 2021
    Umno isytihar tidak akan bekerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin dalam pilihan umum akan datang.
  • 16 Jun 2021
    Agong menitahkan parlimen bersidang semula bagi membahaskan Ordinan Darurat dan pelan pemulihan menangani pandemik koronavirus, dan tidak perlu melanjutkan perintah darurat selepas 1 Ogos.
  • 7 Julai 2021
    Tan Sri Muhyiddin lantik Naib Presiden Umno, juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebagai timbalan perdana menteri
  • 8 Julai 2021
    Umno tarik sokongan ke atas Tan Sri Muhyiddin dan gesa letak jawatan kerana gagal tangani pandemik Covid-19.
  • 26 Julai 2021
    Tan Sri Muhyiddin mengadakan sidang parlimen atas titah Agong. Menteri Undang-Undang Datuk Takiyuddin Hassan beritahu parlimen kerajaan tidak akan minta Agong lanjut tempoh darurat dan ordinan darurat telah dibatalkan.
  • 29 Julai 2021
    Istana Negara kata pembatalan ordinan darurat tidak dapat perkenan Agong dan langgar Perlembagaan.
  • 3 Ogos
    Tan Sri Muhyiddin setuju timbang perbahasan undang-undang darurat di parlimen, sekali gus meredakan pertentangan dengan Istana
  • 4 Ogos 2021
    Tan Sri Muhyiddin kekal pendirian sokongan majoriti dan adakan usul undi percaya apabila parlimen bersidang pada 6 September.
  • 13 Ogos 2021
    Tan Sri Muhyiddin akui tidak punya sokongan majoriti dan gesa ahli parlimen pembangkang menyokongnya dan menawarkan reformasi serta adakan pilihan raya umum pada Julai 2022. Usulannya ditolak.
  • 16 Ogos 2021
    Tan Sri Muhyiddin letak jawatan dan Agong titahkan beliau jalankan tugas sebagai perdana menteri sementara sehingga pemimpin baru dilantik.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3