Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID AL-AMIN

Meraih pahala di 'Malam Seribu Dinar'

Dec 10, 2021 | 05:30 AM



"BARANGSIAPA yang membangun masjid kerana Allah swt walaupun hanya sebesar sangkar burung atau lebih kecil dari itu, Allah akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga." Demikianlah janji Allah swt yang disebutkan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah.



Sehubungan dengan ini, Masjid Al-Amin mengajak masyarakat Islam setempat menyertai kempen Mahar ke Syurga anjurannya.



Pegawai Dakwah Masjid Al-Amin, Ustaz Muhammad Haikal Abdul Halim, menyatakan bahawa tujuan kempen tersebut ialah untuk mengumpulkan dana bagi menaiktaraf infrastruktur masjid dan kemudahan-kemudahan beribadat untuk para jemaah.



Ada pelbagai kegiatan yang akan dianjurkan oleh pihak masjid sepanjang kempen tersebut, kongsi Ustaz Muhammad Haikal.



Salah satu antaranya ialah program 'Malam Seribu Dinar' yang disifatkannya sebagai acara istimewa dalam kempen Mahar Ke Syurga. Ia akan berlangsung secara online pada 30 Disember nanti, bermula 8 malam di Facebook LIVE@Masjid Al-Amin.



Program 'Malam Seribu Dinar ' ini juga diisi dengan acara bacaan surah Yasin dan tahlil yang akan dipimpin oleh Ustaz Muhammad Haikal sendiri.



Anda yang ingin menyertakan nama-nama arwah insan kesayangan anda, boleh mendaftarkan nama-nama mereka secara dalam talian. Anda hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan.



FADILAT 'AYAT SERIBU DINAR'



"Selain itu, akan diadakan juga syarahan berkenaan maksud dan fadilat 'Ayat Seribu Dinar' oleh Ustaz Drs Ahmad Dahri. Ayat ini sering dikaitkan dengan soal murah rezeki serta dijauhkan dari segala bala atau wabak oleh mereka yang mengamalkannya," tambah Ustaz Muhammad Haikal.



Sejajar dengan pembukaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL), Ustaz Muhammad Haikal turut berkongsi tips buat mereka yang hendak bercuti di dalam, mahupun luar negara seperti berikut:



* Pertama, tanamkan niat murni sebelum memulakan perjalanan. Jadi, percutian itu mempunyai tujuan baik seperti melepaskan rindu kepada keluarga tersayang dan sebagainya.



* Kedua, tunaikan solat sunat musafir dua rakaat sebelum keluar dari rumah, seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw.



* Ketiga, cari dan bacalah doa safar bagi mereka yang ingin bermusafir atau kita sendiri mendoakan orang yang bermusafir.



* Keempat, baca doa naik kenderaan iaitu: "Subhaanalladzii sakkhara lanaa hadza wama kunna lahu muqriniin wa-inna ilaa rabbina lamunqalibuun", yang maksudnya:



"Segala puji bagi Allah, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.



"Dan sesungguhnya, kepada Tuhan kamilah, kami akan dikembalikan."



MUSTAJAB DOA ORANG MUSAFIR



Beliau menambah, mereka yang bermusafir hendaklah banyakkan berdoa kerana doa orang musafir sangat mustajab, iaitu doa yang akan dikabulkan oleh Allah swt tanpa keraguan.



* Akhir sekali, belilah buah tangan untuk diberi kepada orang tersayang. Rasulullah saw sendiri sangat menggalakkan pemberian hadiah kerana ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.



"Bagi mereka yang bermusafir, anda juga boleh menyertai program 'Malam Seribu Dinar' secara dalam talian dan mengajak keluarga anda untuk mewakafkan dan menginfakkan sumbangan anda sebagai tanda cinta kepada masjid.



"Semoga usaha pengumpulan dana ini dapat mencapai matlamatnya dengan sokongan berterusan daripada seluruh masyarakat Islam di Singapura, insya-Allah," kata Ustaz Muhammad Haikal mengakhiri penjelasannya.




CARA MENYUMBANG



Derma boleh dilakukan melalui pemindahan wang ke akaun semasa DBS dengan nombor 012-009859-6 atau Paynow UEN No: S91MQ0008B001.



Orang ramai juga boleh menyampaikan derma secara langsung ke masjid (waktu pejabat) atau dari rumah dengan menghubungi nombor 6272-5309.



Sila lungsuri https://alaminmosque.mimbar.sg/organization/168?p=infaq untuk menghulurkan infaq atau wakaf anda ke Masjid Al-Amin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >