Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MERUNGKAI ISU KEWANGAN: BERSAMA

Hati-hati... skim beli dulu, bayar kemudian

Feb 14, 2021 | 05:30 AM



JIKA anda telah membeli produk dalam talian di beberapa laman dalam talian di Singapura, anda akan dapati bahawa terdapat pilihan pembayaran baru ditawarkan bagi pelanggan.



Beberapa firma teknologi kewangan (fintech) telah bekerjasama dengan beberapa syarikat yang menjual produk seperti pakaian, perabot dan kosmetik untuk menawarkan skim beli dulu, bayar kemudian (BNPL).



Melalui khidmat ini, pelanggan boleh menunda bayaran mereka dan membayar secara ansuran setiap minggu atau bulanan.



Tentu sekali pembayaran cara ini memudahkan mereka yang mempunyai bajet terhad atau tidak mempunyai tunai mencukupi.



Ini yang menjadi satu keprihatinan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang menyatakan bahawa mereka sedang mengkaji pengawalan bagi skim tersebut.



Satu tinjauan dijalankan oleh syarikat penyelidikan pasaran, Milieu pada Oktober tahun lalu terhadap 1,008 rakyat Singapura berusia 16 tahun dan ke atas atau sekitar 1.1 juta warga yang telah menggunakan skim tersebut.



Apa yang membimbangkan, sekitar 27 peratus responden menyatakan kedudukan kewangan mereka menjadi lebih buruk selepas menggunakan skim beli dulu, bayar kemudian.



BERI TANGGAPAN SALAH MENGENAI KEMAMPUAN PELANGGAN



Oleh kerana skim ini tidak memerlukan pelanggan membayar tunai dengan segera, ia menggalak pelanggan berbelanja lebih dari kemampuan mereka atau membeli barang tanpa berfikir panjang, kata pengarah Taqwa Wealth Associates di bawah AIA, Encik Tuan Abdu Qayyim Tuan Isa.



Apa yang membimbangkan, golongan muda, yang masih belajar atau baru bekerja, lebih terdedah dengan risiko ini.



"Kita tidak boleh menjadikan sikap beli dulu, bayar kemudian sebagai satu amalan yang harus digalakkan. Jika tidak ada duit untuk membeli produk itu, peruntukkan dulu duit tersebut. Jangan kita beli barang hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain,'' kata Encik Qayyim.



Dapatan tinjauan itu menunjukkan 40 peratus yang menggunakan khidmat itu berusia 16 hingga 24 tahun, manakala 44 peratus bagi mereka yang berusia 25 hingga 34 tahun.



Ini berbanding 35 peratus bagi mereka yang berusia 45-54 tahun dan 28 peratus bagi mereka yang berusia 55 tahun dan ke atas.



Sebagai bukti golongan ini merupakan mereka yang masih muda dan mungkin masih bersekolah, dapatan itu menunjukkan lebih separuh atau 54 peratus merupakan mereka yang tidak bekerja dan tidak mencari pekerjaan.



KENAKAN BAYARAN LEWAT



Apabila menggunakan khidmat ini, faedah tidak dikenakan kerana penyedia Fintech mengambil potongan bayaran dari penjualan peruncit.



Tetapi, mereka mengenakan penalti apabila pelanggan lewat melunaskan bayaran.



Misalnya, fintech Atome mengenakan bayaran pentadbiran $20 jika lewat melunaskan bayaran.



Jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh tujuh hari, bayaran $10 dikenakan.



Grab PayLater mengenakan $10 untuk mengaktifkan akaun PayLater yang digantung jika pelanggan lewat membayar.



Grab PayLater boleh digunakan bagi Grab rides, GrabFood, GrabExpress, serta peruncit seperti Scanteak.



KESILAPAN APABILA GUNAKAN SKIM INI



Sebanyak 27 peratus rakyat Singapura berusia 16 tahun dan ke atas menyatakan kedudukan kewangan mereka menjadi lebih buruk akibat menggunakan skim beli dulu, bayar kemudian.



Mereka berkata mereka terdorong membeli barang tanpa berfikir panjang atau barang lebih mahal dari yang dimampui mereka.



Justeru, bagi mereka yang tidak mempunyai wang tunai untuk membayar produk yang dibeli, adalah lebih baik menimbangkan semula sebelum membeli barangan itu.




"Kita tidak boleh menjadikan sikap beli dulu, bayar kemudian sebagai satu amalan yang harus digalakkan. Jika tidak ada duit untuk membeli produk itu, peruntukkan dulu duit tersebut. Jangan kita beli barang hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.''
- Encik Tuan Abdu Qayyim Tuan Isa, Pengarah Taqwa Wealth Associates di bawah AIA.




DAPATAN TINJAUAN BELI DULU, BAYAR KEMUDIAN



- 38% penduduk Singapura, atau 1.1 juta telah gunakan khidmat itu

- 27% mendapat kedudukan kewangan menjadi lebih buruk akibat gunakan khidmat itu

- Golongan usia yang paling banyak gunakan khidmat ini: 25-34 tahun (44%)

- Status pekerjaan: 54% tidak bekerja dan tidak mencari pekerjaan

- 45% lelaki gunakan khidmat itu, berbanding 31% bagi wanita



5 kesilapan apabila gunakan khidmat beli dulu, bayar kemudian



- Beli tanpa berfikir (17%)

- Beli barang lebih mahal (15%)

- Belanja lebih banyak dari separutnya dan sukar bayar perbelanjaan lain (11%)

- Lewat membuat bayaran dan terpaksa membuat bayaran denda (9%)

- Terpaksa gunakan overdraf (7%)



Sumber: Tinjauan dijalankan Milieu (melalui Finder) pada Oktober 2020




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >