Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM kaji cara pertingkat sokongan bagi pekerja penghantaran

Persiapan persaraan, pampasan pekerja antara tumpuan
Sep 02, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) sedang mengkaji cara memberi sokongan lebih kukuh kepada pekerja penghantaran untuk wadah dalam talian, termasuk dari segi persediaan persaraan dan pampasan pekerja.



Satu kumpulan kerja bebas yang ditubuhkan untuk meneliti isu perlindungan pekerjaan bagi pekerja penghantaran berkaitan wadah dalam talian akan memulakan kerja dan usaha tidak lama lagi, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng semalam.



Berdasarkan kontrak mereka, golongan pekerja itu antara lain tidak dianggap sebagai pekerja dan tidak layak menerima pampasan pekerja atau sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) oleh majikan.



Justeru, Dr Tan berkata kumpulan kerja tersebut akan meneliti bagaimana kontrak itu boleh menyediakan perlindungan untuk pekerja sedemikian supaya mereka mempunyai simpanan mencukupi bagi persaraan serta diberi pampasan apabila mereka mengalami kemalangan di tempat kerja.



"Sebenarnya ciri kontrak-kontrak ini tampak hampir sama seperti kontrak pengambilan pekerja," ujar beliau dalam rancangan 'The Breakfast Huddle' di stesen radio, MoneyFM 89.3, semalam.



Dr Tan menarik perhatian terdapat sekitar 40,000 pekerja yang bekerja sendiri di Singapura, yang sebahagian besar bekerja sebagai pemandu kereta sewa privet, pekerja penghantaran atau pemandu teksi.



Satu usaha dalam bentuk perwakilan kesatuan untuk golongan pekerja tersebut mungkin boleh dijangkakan, katanya.



Dr Tan sebelum ini berkata Cik Goh Swee Chen, pengerusi lembaga pengamanah Universiti Teknologi Nanyang, telah bersetuju untuk mempengerusi satu jawatankuasa penasihat untuk memperkukuh perlindungan bagi pekerja penghantaran bagi wadah dalam talian itu.



Usaha meningkatkan perlindungan pekerja penghantaran dikupas dalam ucapan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rapat Hari Kebangsaan Ahad lalu.



Encik Lee juga telah menyentuh tentang kriteria untuk Pas Pekerjaan (EP) dan Pas S akan terus diperketatkan pada masa mendatang dan semua pekerja akan dipastikan mempunyai layanan saksama di tempat kerja.



Mengenai isu pengetatan kriteria pas pekerjaan itu, Dr Tan berkata langkah tersebut bertujuan untuk membawa bakat terbaik ke negara ini.



"Mengenai kriteria yang kita tetapkan, ia adalah tahap paling minimum untuk mereka dan itu adalah peringkat kemasukan.



"Dan tentunya, dengan tempoh perkhidmatan yang lebih lama, kadar kriteria itu akan disemak dan dinaikkan," tambah Dr Tan.



Beliau menarik perhatian untuk negara ini terus makmur, ia akan perlu kekal terbuka dan usaha harus dijalankan untuk meningkatkan kemahiran serta memberi kemahiran baru kepada pekerja Singapura.



"Pada akhirnya, apa yang kita mahukan ialah untuk menjadi sebuah masyarakat yang berinovasi tinggi, sentiasa mudah menyesuaikan diri dan terbuka kepada perubahan..." tegas beliau.




"Mengenai kriteria yang kita tetapkan, ia adalah tahap paling minimum untuk mereka dan itu adalah peringkat kemasukan. Dan tentunya, dengan tempoh perkhidmatan yang lebih lama, kadar kriteria itu akan disemak dan dinaikkan."
- Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng mengenai isu pengetatan kriteria Pas Pekerjaan (EP) dan Pas S.




Laporan lanjut: Laksana undang-undang lindung pekerja dari diskriminasi 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >