Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM, NTUC dan Snef kerjasama segarkan peta transformasi industri

Apr 24, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan menyegarkan peta transformasi industri (ITM) bagi memenuhi perubahan pesat yang disebabkan oleh Covid-19, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Sebagai sebahagian daripada ITM 2025, rakan kerjasama tiga pihak - Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef) - akan bekerjasama untuk mengubah ekonomi.



Bercakap semasa majlis ulang tahun yang ke-40 Snef semalam, Encik Heng berkata ITM 2025 akan saling melengkapi Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh.



Pasukan itu sedang memuktamadkan saranan tentang bagaimana untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang baru dalam dunia pasca Covid-19.



Menurut Encik Heng, usaha ITM 2025 akan juga dilengkapi lebih baik dengan kajian dan inovasi, memandangkan ia akan disepadukan lebih rapat dengan Pelan Kajian, Inovasi dan Perusahaan 2025 bernilai $25 bilion yang diumumkan sebelum ini.



Encik Heng, yang juga Menteri Penyelarasan Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan, menekankan juga tentang tumpuan lebih kukuh pemerintah terhadap mereka semula pekerjaan, meningkatkan kemahiran semua pekerja dan latihan pelajar di institut pembelajaran lebih tinggi.



Pandemik Covid-19 telah mempercepatkan masa depan bekerja, kata beliau, dengan menunjukkan bahawa bekerja dari rumah sebagai model bekerja yang berdaya maju, mempercepatkan automasi dan revolusi digital serta memberi sebab untuk merangsang pekerja bergaji rendah.



"Bekerja dari rumah adalah satu langkah sebelum bekerja dari mana-mana.



"Ini akan membolehkan pekerja kita untuk mengakses peluang baru di luar negara apabila berada di sini, tetapi juga mendedahkan mereka kepada persaingan dari luar negara," jelas Encik Heng.



Justeru, adalah penting untuk meningkatkan kemahiran pekerja.



Kata Encik Heng lagi, hubungan pekerja-majikan sudah berubah dan pekerjaan sepanjang hayat tidak lagi menjadi ciri penting dalam pasaran buruh.



"Apa yang lebih penting ialah daya bekerja sepanjang hayat," tambahnya.



Jelas beliau, pekerja yang diberikan sokongan berterusan dari majikan untuk mempertingkatkan diri dan mendapat peluang baru boleh berkembang.



"Ini akan menghasilkan syarikat yang berjaya apabila pekerja mempunyai kemahiran dan pengalaman relevan serta keupayaan untuk mencipta dan berinovasi."



Bercakap di acara sama, presiden Snef, Dr Robert Yap, berkata persatuan itu bermatlamat untuk membantu sehingga 1,000 majikan menjadikan tempat kerja lebih kolaboratif, produktif dan inklusif menerusi bengkel transformasi pekerjaan.



Dr Yap menambah Snef akan menyumbang $1 juta untuk menyokong pekerja bergaji rendah yang majikan mereka mengalami kegagalan perniagaan maka tidak dapat membayar gaji.



Pemerintah akan memadankan $3 bagi setiap dolar yang disumbang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >