Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MSR Interior Design jamin teruskan renovasi

Nov 27, 2020 | 05:30 AM



SYARIKAT reka bentuk dalaman, MSR Interior Design, kini tekad menepati janji mereka untuk melengkapkan renovasi rumah pelanggan secepat mungkin.



Mula beroperasi semula pada Julai lalu di Fasa Dua, syarikat MSR Interior Design telah memberi jaminan pada pelanggan bahawa mereka akan meneruskan kerja-kerja renovasi.



"Ramai pelanggan tanya jika syarikat kami sudah boleh melakukan kerja-kerja renovasi kerana mereka tahu bahawa segolongan besar kontraktor dalam bidang renovasi berasal dari Malaysia.



"Mujurlah, pasukan saya cekap menjelaskan keadaan dan telah memberi pelanggan kami jaminan bahawa syarikat kami akan meneruskan renovasi seperti biasa," kata CEO syarikat MSR Interior Design, Encik Muhammad Syahiran Rohajat, 32 tahun.



Syarikat MSR Interior Design menawarkan pelbagai jenis khidmat renovasi bagi kediaman rumah dan ruang komersial dan memastikan agar setiap renovasi dilakukan dengan baik dan teliti.



Segolongan besar pelanggan syarikat tersebut menggemari reka bentuk rumah berkonsep Maghribi atau inginkan hiasan bermotif Islamik.



Salah satu hiasan menarik yang pernah dihasilkan syarikat itu ialah rekaan sebuah paneling yang mencerminkan motif kubah.



Ditubuhkan pada 2014, syarikat tersebut mempunyai pelesenan dari Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) dan pentauliahan CaseTrust, BizSafe dan Persatuan Bahan dan Kontraktor Renovasi Singapura (RCMA).



Syarikat renovasi yang mempunyai pentauliahan CaseTrust boleh dipercayai dan ini bermakna syarikat itu mampu memenuhi keperluan ubah suai pelanggan. Pelanggan juga boleh berasa tenteram dan tidak perlu khuatir tentang bayaran wang mereka dengan adanya pentauliahan CaseTrust.



Pentauliahan BizSafe pula bermakna syarikat tersebut mengamalkan mutu kesihatan dan keselamatan yang baik di tempat kerja.



Ia juga telah memenangi anugerah Business Trust Award bagi kategori syarikat reka bentuk dalaman terbaik 2020 yang diberikan oleh syarikat AsiaOneEnrich dan anggota anugerah A perusahaan rekaan bentuk dalaman Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



Ekoran pandemik koronavirus Covid-19, Encik Syahiran turut menghadapi cabaran dengan tenaga kerja yang berkurangan kerana ramai pekerja mereka dari Malaysia. Namun, ia membuat beliau dan pasukannya memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan kerja-kerja renovasi di rumah-rumah pelanggan yang tertangguh akibat tempoh pemutus litar.



"Akibat pandemik, ia membuat kami merancang beberapa perubahan dalam cara kami bekerja supaya kami selalu bersedia, seandainya berlakunya pandemik pada masa depan. Sekarang, kami kurang bergantung pada pekerja Malaysia.



"Lebih penting lagi, pandemik ini telah mengingatkan saya dan pasukan saya supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang kami ada dan menghargai orang yang kami sayangi," kata Encik Syahiran, juga anggota SMCCI bagi kelompok renovasi.



Kini, Encik Syahiran mahu fokus kepada mempertingkatkan diri dan merancang menyertai kursus bersama pasukannya supaya mereka boleh membina kepercayaan kukuh dengan pelanggan kini dan masa depan.



Mereka juga sedang membuat perubahan dalam syarikat mereka agar mereka dapat memberikan khidmat terbaik dan bakal membuka showroom baru pada Disember ini.



Syarikat MSR Interior Design kini menawakan promosi putar dan menang. Pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik jika mereka mengubahsuai dengan syarikat ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >