Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Muhyiddin 'akan dipecat dari Umno sebelum Dis', Nazri ikrar sokong timbalan presiden

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Muhyiddin 'akan dipecat dari Umno sebelum Dis', Nazri ikrar sokong timbalan presiden

Oct 30, 2015 | 03:07 PM

KUALA LUMPUR: Umno sedang bersiap untuk menggantung timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum perhimpunan agung parti pada Disember kerana kritikan berterusan beliau terhadap presiden parti, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut laporan pada Jumaat (30 Okt).

Portal berita The Malaysian Insider memetik sumber parti sebagai berkata Majlis Tertinggi Umno telah menyediakan kertas pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin, yang akan dikemuka kepada lembaga disiplin bersama bukti kesalahan beliau.

Antara kesalahan yang bekas timbalan perdana menteri itu didakwa lakukan ialah kenyataan beliau mengenai syarikat pelaburan negara yang dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan wang RM2.6 bilion ($841 juta) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib, yang menurut Perdana Menteri itu adalah derma politik.

"Muhyiddin akan digantung sebelum perhimpunan Disember. Ada kebimbangan dalam kalangan pucuk pimpinan parti bahawa beliau akan terus mengkritik semasa merasmikan mesyuarat sayap-sayap (Umno) nanti," ujar sumber itu.

Sumber itu juga berkata apabila Tan Sri Muhyiddin digantung, naib presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akan mengambil alih jawatan timbalan presiden hingga pemilihan parti pada 2018.

Sementara itu, seorang ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz, berikrar menyokong Tan Sri Muhyiddin agar kekal sebagai timbalan presiden hingga pemilihan parti, lapor Malaysiakini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata beliau akan melakukan apa sahaja bagi menyelamatkan Tan Sri Muhyiddin, dan menambah kritikan harus dibenarkan dalam Umno.

Datuk Nazri berkata Tan Sri Muhyiddin seharusnya dibenarkan kekal menjadi timbalan presiden dan Datuk Seri Ahmad Zahid boleh melawannya pada pemilihan parti kelak.

Rabu lalu, setiausaha agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata tujuh pemimpin parti menghadapi penggantungan kerana secara terbuka menghina parti itu.

Beliau enggan mendedahkan identiti mereka, tetapi berkata sebuah jawatankuasa sedang menyiasat perkara itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3