Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Mural papar peranan penting kakitangan maritim

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Mural papar peranan penting kakitangan maritim

Apr 08, 2021 | 05:30 AM

DUA mural yang memaparkan peranan penting kakitangan maritim dalam memastikan perdagangan dan aliran bekalan ke Singapura tidak terganggu semasa pandemik ini kini menghiasi terminal PSA Corporation Limited (PSA) dan Jurong Port (JP).

Setiap mural itu, yang sepanjang empat meter dan selebar dua meter, menyepadukan unsur dan infrastruktur khusus di tapak masing-masing.

Ini seperti kren pangkalan dan trak kargo kontena di terminal PSA, dan silinder simen di terminal JP. Konsep dan lukisan desain mural tersebut adalah hasil karya artis setempat, Encik Jaxton Su, dan pasukannya.

Turut membantu melukis mural itu ialah kakitangan PSA dan JP sebagai menunjukkan penghargaan mereka kepada pelaut dan kakitangan maritim.

Semalam, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Ehwal Luar), Encik Chee Hong Tat (gambar), bersama wakil kanan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA), PSA, JP dan kesatuan, memberikan sentuhan terakhir kepada dua mural itu.

Ketua eksekutif MPA, Cik Quah Ley Hoon, berkata semasa pandemik Covid-19 ini, pelaut, pekerja pelabuhan dan kakitangan barisan depan telah membuat pengorbanan peribadi untuk memastikan operasi pelabuhan dan rantaian bekalan terus berjalan.

"Ada yang berjauhan dari rumah bagi tempoh yang panjang. Yang lain mengambil risiko sedang mereka menaiki kapal untuk tugas mereka di pelabuhan. MPA bangga dengan pencapaian kolektif mereka dalam mengibar tinggi bendera pelabuhan kita. MPA akan terus bekerja rapat dengan pihak berkepentingan untuk memastikan pelabuhan beroperasi tanpa gangguan untuk berkhidmat kepada penduduk tempatan dan juga syarikat perkapalan," kata beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3