Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID HASANAH

Naik taraf masjid perlu untuk sekitaran kondusif

Feb 25, 2022 | 05:30 AM



PENDIDIKAN Islam memainkan peranan penting dalam membekalkan seseorang dengan ilmu, membina akhlak, budi pekerti, nilai dan tanggungjawab moral dalam kehidupan.



Kepentingan ilmu telah ditekankan berulang kali dalam Al-Quran. Bahkan, ayat pertama yang turun kepada Rasulullah saw ketika diangkat menjadi Nabi adalah dalam surah Al-'Alaq yang bermaksud "Bacalah" (Surah Al Alaq: 1).



Islam menggalakkan menuntut ilmu bermula dari kecil, seperti yang dikatakan oleh Imam Hasan Al-Bashri yang bermaksud:



"Bahawa masa kecil itu adalah masa dengan maklumat akan dirakam ke dalam otak dengan sangat mendalam (mudah tangkap) seolah-olah kita mengukirnya di atas batu."



Ungkapan ini ternyata dibenarkan oleh banyak ahli pendidikan, bahkan sampai ada yang mengatakan bahawa bayi di dalam perut ibu sekalipun sudah mulai belajar dan menerima masukan daripada apa yang didengarnya.



Antara program kendalian Masjid Hasanah untuk pelajar sekolah adalah kelas Tweens aLIVE yang diajar oleh Ustazah Raihan Ibrahim.



Ustazah Asiah Awang, Pentadbir program aLIVE di masjid itu, berkata terdapat beberapa keutamaan menuntut ilmu bagi orang yang bersungguh-sungguh dalam mengerjakannya. Antara keutamaan menuntut ilmu adalah kerana ilmu itu merupakan warisan para Nabi.



Rasulullah saw bersabda:



"Dan sesungguhnya para Nabi tidak pernah mewariskan wang emas dan tidak pula wang perak, akan tetapi mereka telah mewariskan ilmu (ilmu syar'i). Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut maka sungguh ia telah mengambil bahagian yang banyak." (Hadis Riwayat Ahmad)



Hadis ini menunjukkan bahawa keutamaan menuntut ilmu lebih tinggi daripada wang dan emas yang bersifat material. Apabila seseorang itu memiliki ilmu dan mengajarnya kepada orang lain, maka hal tersebut akan menjadi amal jariah yang terus mengalir hingga orang tersebut meninggal dunia.



Selain itu, orang yang menuntut ilmu akan memperoleh pahala seperti orang yang berjihad. Pernyataan ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud:



"Orang yang keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah sehingga ia kembali ke rumahnya."



Sehubungan itu, orang yang menuntut ilmu diibaratkan seperti menempuh jalan mudah menuju ke syurga. Seperti yang disabdakan oleh Nabi saw yang berbunyi:



"Barangsiapa menempuh jalan menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan jalannya untuk menuju surga." (HR At Tirmidzi)



Ustazah Asiah turut berharap masjid yang merupakan rumah Allah dapat dijadikan sebagai gedung ilmu pengetahuan agama dengan sokongan masyarakat Islam Singapura.



Beliau menjelaskan:



"Antara program yang menerap kepentingan ilmu di Masjid Hasanah adalah madrasah aLIVE. Alhamdulillah, di Masjid Hasanah hampir kesemua pelajar menghabiskan pembelajaran mereka hingga ke peringkat Youth aLIVE. Melalui program ini, ia dapat membentuk pelajar contoh yang memiliki akhlak terbaik. Selain itu, pelajar juga dapat berkomunikasi serta memberi penjelasan kepada orang lain tentang ajaran Islam.



"Dengan adanya projek menaik taraf Masjid Hasanah, pelajar akan berada di bilik darjah yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran aLIVE bersama penambahan bilik darjah daripada lapan kelas hingga 11 kelas.



"Tambahan pula, Masjid Hasanah juga dapat menampung lebih ramai pelajar yang memerlukan pembelajaran agama dengan mendaftarkan diri bagi Program aLIVE. Suasana atau persekitaran di bilik darjah akan meningkatkan keselesaan pelajar. Oleh itu, Masjid Hasanah amat mengharapkan bantuan daripada masyarakat Islam setempat dalam usaha mengumpul dana bagi menyokong usaha pembelajaran ilmu untuk dikongsikan bersama."




CARA HULUR SUMBANGAN



DANA MASJID



Cara menyumbang kepada dana masjid:



  • PayNow ke UEN: S70MQ0042B

  • Pemindahan wang ke dalam akaun OCBC 591-070164-001.

Isikan di ruang 'Bill Reference' dengan "Wakaf" atau "Infak".



Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque



  • Melalui cek atas nama "LPM Hasanah".

Poskan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Rd, Singapura 608878.



Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon anda di belakang cek.



INFAK BARANG KEMAS



  • Bagi infak barang kemas dan pengambilan derma $500 ke atas dari rumah, hubungi pejabat masjid di talian 6561-7990 (untuk janji temu).

  • Melalui kaunter pejabat: Isnin hingga Khamis (9.30 pagi hingga 5 petang), Jumaat (2 petang hingga 5 petang), serta Sabtu dan Ahad (12 tengah hari hingga 3 petang).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >