Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Najib akui model niaga 1MDB lemah kerana terlalu idealistik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Najib akui model niaga 1MDB lemah kerana terlalu idealistik

Oct 02, 2015 | 03:36 PM

NEW YORK: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengakui model perniagaan syarikat pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lemah kerana terlalu idealistik dan melibatkan pembiayaan secara berhutang besar.

"Model perniagaannya terlalu idealistik. Kami tidak menggunakan banyak dana kerajaan... hanya RM1 bilion untuk melaksana pembangunan hartanah besar dan pemerolehan loji jana kuasa. Oleh itu, ia banyak terlibat dalam pembiayaan berhutang," kata beliau dalam ucapan perasmian sesi Rakan Melabur Malaysia New York 2015 pada Khamis (1 Okt).

Datuk Seri Najib berkata hutang itu sepatutnya dikurangkan oleh proses penyenaraian cabang syarikat tenaga 1MDB, Edra Global Energy Bhd, di bursa saham tetapi proses itu tertangguh dan akhirnya dibatal Mac lalu.

Bagaimanapun, beliau, yang merupakan ketua lembaga penasihat 1MDB, berkata akan terdapat pengumuman "dalam beberapa hari mendatang" mengenai pengurangan besar hutang 1MDB sehingga sebanyak RM16 bilion ($5.19 bilion). - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3