Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Nasib Tanjong Katong Complex selepas 2022 masih tidak pasti

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

Nasib Tanjong Katong Complex selepas 2022 masih tidak pasti

Rancangan jangka panjang bagi tapak itu masih dikaji: SLA
Feb 14, 2021 | 05:30 AM

MELANGKAH masuk ke Tanjong Katong Complex (TKC), banyak unit kedai yang masih kosong yang tidak dapat disewakan disebabkan pandemik Covid-19.

Lagipun, pemilik kedai yang menyewa kedai-kedai di situ hanya boleh menyewa sehingga 31 Disember tahun depan.

Kedudukan pusat beli-belah yang menjadi tumpuan masyarakat Melayu/Islam masih menjadi tanda tanya selepas tempoh itu.

Ini kerana Penguasa Tanah Singapura (SLA), yang memantau TKC sebagai hartanah milik pemerintah, memberitahu Berita Minggu (BM) bahawa agensi-agensi yang relevan masih mengkaji rancangan jangka panjang bagi tapak tersebut.

"Tanjong Katong Complex (TKC) diletakkan dalam zon 'komersial' di bawah Pelan Induk 2019. Rancangan jangka panjang bagi tapak itu masih dikaji agensi relevan.

"Sementara itu, kontrak sewa bagi penyewa di TKC hanya dapat diperbaharui sehingga akhir Disember 2022.

"Ejen pengurusan SLA, C&W Services (S) Pte Ltd, akan terus bekerjasama dengan penyewa mengenai pembaharuan kontrak sewa mereka,'' kata jurucakap SLA menjawab pertanyaan BM.

Sebelum itu, pusat beli-belah itu sepatutnya dirobohkan apabila tempoh pajakan berakhir pada 31 Disember 2011 untuk memberi laluan bagi pembangunan baru.

Namun, pada 2013, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) melanjutkan tempoh pajakan TKC selama 10 tahun sehingga 2022.

Menurut URA ketika itu, lanjutan sewa itu, berserta pembangunan Wisma Geylang Serai bagi kegunaan masyarakat dan budaya, adalah sebahagian daripada usaha menyokong Geylang Serai sebagai sebuah destinasi warisan budaya Melayu.

Mereka menambah Kawasan Geylang Serai akan dibangunkan sebagai Paya Lebar Central, yang merupakan antara tiga hab komersial di luar bandar yang dikenal pasti oleh pemerintah, dan akan menawarkan ruang pejabat, hotel dan runcit.

Para pemilik kedai di TKC menyatakan mereka hanya dapat memperbaharui kontrak sewa sehingga Disember tahun depan.

Pemilik Fotohi Carpet Gallery, Encik Reza Fotohi berkata banyak kedai-kedai kosong di TKC tidak dapat menarik penyewa baru.

"Di tingkat satu, ada sekitar empat hingga lima kedai yang sudah tutup dan tidak dapat disewakan. Tingkat dua ada sekitar tiga kedai kosong belum berpenghuni dan tingkat tiga terdapat sekitar 10 kedai yang kosong.

"Buat pertama kali, saya lihat banyak kedai kosong yang tidak berpenghuni,'' ujar Encik Reza.

Keadaan pusat beli-belah itu, yang tidak mempunyai kedai makanan dan mesin ATM, juga memburukkan keadaan, tambahnya.

"Ia lebih baik untuk kita mengetahui jika tempoh sewa pusat beli-belah ini akan dilanjutkan selepas akhir tahun depan,'' katanya, yang sudah berniaga di sana lebih dua dekad.


APA KATA SLA
"Tanjong Katong Complex (TKC) diletakkan dalam zon 'komersial' di bawah Pelan Induk 2019. Rancangan jangka panjang bagi tapak itu masih dikaji agensi relevan. Sementara itu, kontrak sewa bagi penyewa di TKC hanya dapat diperbaharui sehingga akhir Disember 2022. Ejen pengurusan SLA, C&W Services (S) Pte Ltd, akan terus bekerjasama dengan penyewa mengenai pembaharuan kontrak sewa mereka."

APA KATA PENYEWA
“Di tingkat satu, ada sekitar empat hingga lima kedai yang sudah tutup dan tidak dapat disewakan. Tingkat dua ada sekitar tiga kedai kosong belum berpenghuni dan tingkat tiga terdapat sekitar 10 kedai yang kosong. Buat pertama kali, saya lihat banyak kedai kosong yang tidak berpenghuni.”

– Pemilik Fotohi Carpet Gallery, Encik Reza Fotohi yang berniaga di TKC lebih dua dekad


SEJARAH TANJONG KATONG COMPLEX

  • Tanjong Katong Complex (TKC) merupakan pusat beli-belah berhawa dingin HDB yang pertama dibuka pada 1983
  • Sebelum ini, dikenali kerana Yokoso, pasar raya Jepun 24 jam yang pertama di sana
  • Kawasan sekitar TKC sebelum ini tempatkan kampung masyarakat Melayu
  • Apabila pasar Geylang Serai yang lama ditutup untuk ubah elok pada 2006, banyak kedai menjual pakaian Melayu wujud di sana
  • Semasa Ramadan, pusat beli-belah itu jadi antara tumpuan masyarakat Melayu

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3