Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Nazam Tahajud

Aug 11, 2014 | 06:00 AM

Pada pesona sang waktu

kala tahajud mampir bertamu

dahi berujud bertemu

sejadah lekit bersatu...

di situ... tangisan sedu menderu

di situ... hati rintih menyeru

di situ... doa pasrah dipacu

di situ... baik buruk dicatu

Pada kelopak sang kalbu

tenanglah dikau dalam nazam bisikanku

qiam dalam tangis merindu

lunakkan tsunami bengismu

rundukkan semarak nafsumu

dalam randauan iman, ihsan dan insan

wukuf di persada hamparan Ramadan

ketika abid diuji

ujub di atas ikhlas diri

bergemersik nafiri puji memuji

buat wahana mengenal diri

Dalam kumengintai sunyi pagi

bibir menyulam zikir Ilahi

usahlah kau cepat berpamit pergi

sebelum rahmat maghfirah bertunai janji

yang kudambakan...

yang kurindukan...

khusyuk mengkasyaf impian

Al-Qadr jadi hitungan.

ZAINOL ABI

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >