DARI warna pisang muda kepada reka bentuk yang 'sporty' dan ngauman enjin yang 'mengancam', kereta SUV berkuasa tinggi Audi RS Q3 Sportback jelas dahagakan perhatian.
Biarpun kenderaan elektrik kian menjadi sorotan umum, pelancaran RS Q3 Sportback jelas bertujuan memenuhi cita rasa pemandu yang mahukan kenderaan kompak berciri kereta lumba yang bertenaga.