SEMASA tempoh Pemutus Litar (CB) tahun lalu, perniagaan restoran Padi@Bussorah tetap rancak, dengan ramai yang menempah dan menggunakan khidmat penghantaran.
Namun, keadaannya semasa sekatan terbaru di bawah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat), atau Fasa Dua (HA), tahun ini lebih teruk, kata pemilik restoran nasi ambeng itu, Encik Hashim Ali, yang menyatakan perniagaan merosot sekitar 80 peratus.