Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

#MesraBergongxi agih habuan sempena Raya Cina

Feb 15, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 2,000 keluarga dihadiahkan buah oren dan habuan seperti snek, manisan dan pelitup sempena Tahun Baru Cina.



Insiatif #MesraBergongxi itu yang bermula sejak 6 Februari lalu hingga semalam bertujuan menyebarkan keceriaan kepada penduduk Cina dan mereka yang tinggal di flat sewa.



Anjuran Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) bersama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat di serata Singapura, para relawan giat mendekati penduduk dan mengagihkan pek hadiah Tahun Baru Cina serta kad maklumat mengenai Persatuan Rakyat (PA).



Dalam pada itu, relawan dari MAEC Kelab Masyarakat berinteraksi dengan penduduk Cina di estet mereka demi memupuk pemahaman antara etnik dan penghargaan silang budaya di kalangan penduduk.



Kelmarin, para relawan dari MAEC Kelab Masyarakat Kaki Bukit telah turun padang untuk mendekati penduduk rumah sewa yang tinggal di Bedok North.



Pengerusi MAEC Kaki Bukit, Encik Mohd Yahya Zakaria Attia berkata:



"Kita tinggal dalam kejiranan yang berbilang bangsa, berbilang kaum jadi kita ingin menunjukkan kesefahaman dengan penduduk-penduduk di sini dan keharmonian kaum supaya mudah bagi kami untuk menjalankan kegiatan dari masa ke masa," katanya.



Menurutnya, kunjungan ke blok sewa seperti yang dilakukan kelmarin bukan yang pertama kali diadakan malah sebelum ini, pihaknya telah mendekati penduduk di sana seperti menerusi usaha M³.



Dengan pandemik Covid- 19 ini, Encik Yahya berkata mereka perlu melakukan kunjungan dalam kumpulan lebih kecil dan ia dibahagikan kepada waktu-waktu berbeza demi menjaga keselamatan semua.



Antara yang telah menerima pek hadiah Tahun Baru Cina adalah Cik Angeline Ang, 42 tahun.



Cik Ang, yang tinggal bersama suami dan dua orang anaknya berkata Tahun Baru Cina tahun ini agak sunyi dan tidak seperti tahun-tahun sebelum ini disebabkan sekatan Covid-19.



Justeru, suri rumah itu gembira mendapat kunjungan dan hadiah dari pihak MAEC kelmarin.



Beliau dapat merasakan keceriaan Tahun Baru Cina yang disebarkan oleh orang ramai tidak kira bangsa.



Lebih 250 relawan mengambil bahagian dan sejauh ini, sebanyak 46 MAEC telah menyertai gerakan #MesraBergongxi dan daripada itu, sebanyak 24 MAEC telah mendekati keluarga yang tinggal di blok rumah sewa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >