KOTA KINABALU: Badan perundangan Sabah meluluskan pada Khamis (26 Nov) satu usul khas mengharam dua naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Cik Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, memasuki negeri itu.
Mereka mengundi mengharamkan dua ahli Parlimen itu disebabkan pertemuan mereka di Manila awal bulan ini dengan Cik Jacel Kiram, yang mengaku sebagai puteri sultan Sulu di selatan Filipina.
Arwah ayah Cik Jacel dalang satu serangan 200 'Tentera Diraja Sulu' di Lahad Datu di Sabah pada Februari 2013, yang membunuh 10 pegawai polis dan askar Malaysia.
Cik Jacel mendakwa dalam akaun Facebooknya, yang dipetik oleh media, bahawa Sabah sebahagian daripada Filipina.
Cik Nurul Izzah, anak bekas ketua pembangjang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau "amat menyesal" kerana gambarnya diambil bersama Cik Jacel.
Beliau berkata pertemuan mereka diatur oleh pihak luar.
Kuasa mengharam seseorang memasuki negeri Sabah, bagaimanapun, terletak di tangan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Cik Nurul Izzah telah menyaman Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana mengatakan tindakan beliau bertemu dan bergambar bersama Cik Jacel berboleh bermakna pengkhianatan kepada negara. - The Star/ Asia News Network