Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NWC: Majikan sektor yang pulih disaran pulihkan pemotongan gaji

Majikan juga disaran naikkan pendapatan pekerja bergaji rendah 4.5-7.5% dari gaji kasar
Oct 30, 2021 | 05:30 AM



MAJIKAN sudah pulih atau sedang pulih daripada kesan ekonomi ekoran pandemik Covid-19, harus memberi semula gaji yang dipotong serta menarik balik sebarang langkah jimat kos berkaitan gaji seperti cuti tanpa gaji atau minggu bekerja lebih singkat.



Bagi membantu pekerja bergaji rendah naik gaji lebih pantas daripada gaji median, majikan disarankan agar menaikkan gaji mereka di antara 4.5 peratus dengan 7.5 peratus daripada gaji kasar - atau $70 hingga $90 - bagi mereka bergaji $2,000 sebulan ke bawah.



Ini adalah antara garis panduan ditetapkan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) bagi tempoh 1 Disember 2021 hingga 30 November 2022.



Garis panduan lain adalah menggesa majikan yang belum melaksanakan Sistem Gaji Fleksibel (FWS) supaya berbuat demikian.



Perniagaan masih lemah yang mahu melaksanakan pemotongan gaji sementara bagi mengurangkan pembuangan pekerja, boleh menggunakan sistem itu untuk memanfaatkan pelbagai fleksibiliti yang disediakan di bawah komponen berubah-ubah dalam struktur gaji.



Majikan yang masih terkesan pula harus menimbangkan langkah jimat kos bukan gaji dan membayar tambahan gaji tahunan (AWS) bagi mengurangkan kesan pemotongan gaji berpanjangan, khususnya bagi pekerja bergaji rendah di samping terus memanfaatkan bantuan pemerintah.



Garis panduan itu yang bukan wajib tetapi sudah diterima pemerintah, ditetapkan selepas NWC yang terdiri daripada wakil pemerintah, majikan dan kesatuan, bertemu pada September dan Oktober tahun ini.



Mendedahkan ini dalam satu sidang media semalam, Pengerusi NWC, Encik Peter Seah, berkata panduan terkini mengambil kira yang ekonomi dalam laluan pemulihan serta akur bahawa pemulihan itu tidak seimbang untuk semua sektor.



Menurutnya, dua bidang penting disarankan adalah menggesa majikan agar membayar semula gaji dipotong dan saranan baru mengenai lingkungan pertumbuhan gaji progresif.



"NWC melihat ada peranan baru yang boleh dimainkan dalam menyokong Model Gaji Progresif (PWM) dan memastikan pertumbuhan gaji yang bermakna untuk pekerja bergaji rendah," tambahnya.



Bercakap dalam sidang itu, Setiausaha Tetap Tenaga Manusia, Encik Aubeck Kam, berkata rakan kerjasama tiga pihak bersetuju panduan itu bertepatan masa.



"Tumpuan tahun lalu adalah membantu majikan melaksanakan pemotongan gaji yang perlu dan langkah jimat kos yang bersesuaian demi menyelamatkan pekerjaan.



"Dengan ekonomi dan pasaran pekerjaan beransur pulih, rakan kerjasama tiga pihak bersetuju adalah bertepatan waktu untuk melonggarkan dasar gaji luar biasa dilaksanakan sebelum ini. Pada masa sama garis panduan ini mengambil kira masih ada sektor dan majikan yang terus dijejas Covid-19," ujarnya.



Tahun lalu, majlis itu menetapkan asas penting bagi melaksanakan pemotongan gaji dan menyarankan pembekuan gaji dan bukan memotong gaji bagi pekerja bergaji rendah.



Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Mary Liew, menggesa majikan supaya menyemak semula pelan pemulihan perniagaan dan membuat penyesuaian gaji secara adil dan bertepatan.



Bercakap kepada media dalam sidang berasingan, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, menyeru agar majikan menggunakan panduan itu sebagai rujukan sambil menambah tahun lalu kededua perniagaan dan pekerja mengharungi masa sukar.



"Dalam banyak situasi, pihak pengurusan menerima pemotongan gaji lebih tinggi dan awal, sedang peniaga mendapatkan sokongan pekerja untuk melaksanakan pemotongan gaji.



"Dengan sokongan dan pemahaman bersama di antara majikan dan pekerja, kita mampu untuk melangkah ke depan," ujarnya.



Dalam panduan itu, NWC juga menyarankan agar semua majikan menawarkan latihan berstruktur untuk semua pekerja dan bekerjasama dengan pekerja bagi inovasi dan inisiatif produktiviti.




Laporan lanjut: NWC: Elak beku gaji, naikkan hingga $50 bagi pekerja gaji kecil




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >