Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Odyssey 2' peluang jurutari muda luah rahsia hati

Jul 03, 2021 | 05:30 AM



Sebuah bilik, sebuah ruang yang gelap dan pelbagai kenangan yang datang silih berganti. Apabila diimbas semula jalan kenangan dalam keselesaan sebuah bilik yang sepi, mulalah bercucuran air mata atau timbul gejolak emosi. Apakah pengertiannya buat empat jurutari muda yang mengusahakan rancangan taridra digital 'Odyssey 2 - Life Stories' yang ke udara di YouTube mulai semalam? Berita Harian melaporkan.



LEBIH sedekad lalu, jurutari muda Cik Nurul Iffah Zahid menyertai kegiatan tarian Melayu dengan sokongan ibu bapanya bagi menurunkan berat badannya.



Namun, harapan itu tidak kesampaian hinggalah beliau menyertai kegiatan Artistari Gentari yang memerlukannya membuat pergerakan tarian kontemporari lebih kompleks.



Cik Nurul Iffah, 23 tahun, seorang pegawai khidmat pelanggan, sudah tujuh tahun bersama kumpulan ini yang memberinya ruang melibatkan diri dalam acara tempatan mahupun antarabangsa.



Pada 2019, beliau mewakili Singapura sebagai Duta Budaya di Pesta Seni Pertahanan Diri Sedunia di Chungju, Korea.



Tahun ini pula, beliau diamanahkan mencipta tari bagi siri taridra digital Odyssey 2 - Life Stories yang diusahakan Artistari Gentari.



Ia mula disiarkan di YouTube kumpulan tarian Melayu tradisional dan kontemporari ini mulai semalam.



Cik Nurul Iffah menghasilkan koreografi dan menari sendiri bagi episod pertama Beginning yang mengupas proses mencari diri dan misi perjuangan peribadi.



"Karya saya ini membayangkan situasi di mana saya kehilangan seseorang atau sesuatu yang berharga yang disangka akan bersama buat selama-lamanya.



"Siapa lagi yang harus saya jadikan ruang bergantung harap? Apakah langkah saya selanjutnya? Apakah erti kehidupan dan siapakah diri saya?" ceritanya mengenai taridra tersebut.



Beliau berdepan dengan cabaran berfikir gagasan idea yang besar bagi penerbitan ini.



"Saya bimbang kerja seni saya tidak mencukup dari segi elemen kesenian untuk disajikan kepada umum.



"Saya juga khuatir saya terlalu berlembut dan tidak tegas dengan prinsip tari seni yang saya pegang selama ini. Harapan saya agar ia nampak kelainannya dan segar buat penonton," tambahnya lagi.



Odyssey 2 adalah satu lagi usaha kumpulan Artistari Gentari memberi ruang buat penari dan jurutari muda meneroka idea baru yang dapat direalisasikan dalam bentuk taridra.



Mereka juga berpeluang menggarap kemahiran tari dan kepimpinan dalam kisah-kisah yang bertujuan membangkitkan semangat yang pudar, rapuh dan lelah dek pandemik Covid-19.



Cik Nurul Syahindah Mohamed Sharin, 21 tahun, pelajar kursus Diploma Pengurusan Sumber Kemanusiaan dan Psikologi, pula mengulas tentang koreografinya bagi episod kedua Hopes:



"Semua orang mengharapkan sesuatu atau seseorang. Ia menjadi lumrah dan penyejuk hati yang memberi kita harapan sesuatu yang sukar dihadapi kini akan lebih mudah ditangani.



"Namun, bagaimanakah keadaannya apabila seseorang atau sesuatu yang diharap-harapkan itu membuatkan kita hilang segalanya? Saya harap kerja seni saya ini akan membuat penonton teringatkan seseorang atau sesuatu yang membawa kesan sebegitu dalam kita berharap."



Beliau yang mula minat menari selepas mengikut jejak ibunya yang gigih bersenam sambil menari mengikut rentak lagu yang dimainkan akur memandangkan ini kali pertama beliau bergelar jurutari, berdebar-debar juga melihat hasilnya.



"Saya berdepan dengan cabaran bereksperimen dengan gerak tari dan bentuk tari untuk menyampaikan pesanan kepada penonton.



"Kerana saya menari bersama seorang lagi rakan, Dewi, saya perlu fikirkan bagaimana segalanya dapat diselarikan berpandukan sinopsis taridra ini.



"Pada akhirnya, saya menyedari pergerakan yang mudah sebenarnya membawa pengertian besar. Butiran kecil yang saya ambil kira menjadikan setiap pergerakan lebih bertenaga," katanya lagi.



Episod ketiga Odyssey 2 yang bertajuk Emptiness pula merupakan hasil sumbangan Cik Anna Natassha Musa, 23 tahun.



Mahasiswa jurusan Komunikasi di Institut Pengurusan Singapura (SIM) yang juga bertugas dalam bidang perhubungan pemasaran di Persatuan Pendidik Drama Singapura, berkata:



"Hasil koreografi saya menyampaikan tentang kepentingan mendengar pada keperluan tubuh kita.



"Kadangkala getaran hati kita sukar ditakrifkan, tetapi tubuh kita yang bertindak terlebih dahulu.



"Saya juga merasakan kita jarang mendengar keperluan tubuh kita atau isyarat yang diberikan menerusi pergerakan alamiahnya di kala kita mendambakan seseorang mengisi kekosongan diri kita."



Cik Anna berdepan dengan cabaran menjalinkan jambatan antara idea konsep yang ingin diketengahkan dengan lagu latar yang disajikan.



"Menggunakan lagu dengan lirik kadangkala mengatasi usaha memaparkan pergerakan yang bertenaga atau konsepnya. Justeru, saya perlu mencari keseimbangan antara kedua-duanya," katanya yang mula menari bagi menggali identitinya sebagai anak Melayu menerusi kegiatan Persatuan Bahasa Melayu Politeknik Singapura (SP).



Di situ, beliau menyertai kumpulan tarian Melayu, Wangsa Kesari Seni pada 2016.



"Saya mula menari lambat berbanding teman lain tetapi ia bukan hambatan untuk terus mekar dengan meneroka sesuatu yang baru dan segar," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >