PERTEMUAN Paderi Yang Tuck Yoong, paderi kanan di Gereja Masyarakat Cornerstone (CSCC), dengan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram dan para pemimpin Melayu/Islam yang lain baru-baru ini menjadi penutup kepada episod yang kurang menyenangkan dalam konteks kehidupan agama yang harmoni di Singapura.
Tidak dapat dinafikan langkah CSCC mengundang seorang pendakwah, yang telah secara terang-terangan melahirkan pendiriannya yang tidak menyenangkan terhadap Islam, adalah satu kesilapan.