Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'PAHIT MANIS' PENGHANTAR MAKANAN

Bapa lapan anak kerja keras, tiga anak alami penyakit

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



SETIAP bulan, Encik Adillah Md Amin, mendapat pendapatan sekitar $1,400 hingga $1,500 sebagai pekerja penghantaran.



Memang pekerjaan itu bagai 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' bagi bapa lapan orang anak itu.



Tetapi, beliau berkata beliau tidak mempunyai banyak pilihan memandangkan tiga daripada lapan anaknya itu menghidapi penyakit Gitelman, gangguan buah pinggang yang menyebabkan ketidakseimbangan ion dalam badan.



Jika anak-anaknya yang berusia 16 dengan 20 tahun itu jatuh sakit, mereka akan dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) kerana badan mereka menjadi sangat lemah dan penyak yang dialami menjadi lebih parah.



Oleh itu, Encik Adillah, 37 tahun, yang telah sekitar dua tahun bekerja sepenuh masa sebagai pekerja penghantaran makananan syarikat Grab, memerlukan pekerjaan yang fleksibel yang membolehkannya bekerja mengikut keadaan di rumah.



"Baru sahaja Januari lepas, dua anak saya dimasukkan ke ICU. Alhamdulillah, mereka berdua selamat dan sudah sihat. Oleh kerana situasi begini, jika anak saya sakit, mereka juga kerap ke hospital dan saya harus tidak kerja untuk bersama keluarga.



"Sebagai penghantar makanan Grab, saya dapat mengambil cuti seberapa lama yang diperlukan bagi keadaan kecemasan begini," kata Encik Adillah. Isterinya tidak bekerja.



Beliau kemudian berkata bahawa beliau tetap bekerja keras untuk keluarganya walaupun keadaan tidak mencemaskan.



Setiap Isnin hingga Jumaat, beliau akan mula bekerja dari 6.30 pagi, selepas menghantar anak-anaknya ke sekolah hingga ke petang. Secara purata, beliau bekerja 10 hingga 12 jam, bergantung kepada keadaan.



"Pembayaran Grab untuk penghantar makanan bagus juga terutama ketika perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, kami mendapat lebih insentif jika dapat memenuhi kriteria yang diberikan. Selain itu, pada hari biasa, pendapatan harian bergantung kepada jumlah penghantar pada hari itu. Jika ramai pekerja, lebih perlahan mendapatkan tempahan.



"Ia juga bergantung kepada berapa pesanan yang saya terima. Misalnya, untuk bayaran yang sama, pesanan itu mungkin lebih jauh, ataupun berdekatan dengan lokasi saya pada masa itu. Jika saya dapat tempahan yang lebih dekat, saya boleh melaksanakan lebih tempahan dalam masa yang tertentu," kata Encik Adillah.



Dengan kemunculan syarikat AirAsia food yang akan menawarkan khidmat penghantaran makanan, Encik Adillah berharap pembayaran yang ditawarkan syarikat itu akan lebih menarik.



"Tetapi yang paling penting, saya perlukan masa yang fleksibel untuk bekerja. Jikalau ada syif ataupun masa tertentu, mungkin agak sukar untuk saya.



"Jika tawarannya lebih baik, saya akan mempertimbangkan untuk menyertai syarikat mereka," katanya.



Baru-baru, kebajikan pekerja penghantaran makanan mendapat perhatian pemerintah dan kesatuan sekerja kerana golongan ini tidak mendapat sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF), tidak ada cuti tahunan dan tidak ada perlindungan insurans.



Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) telah membentuk sebuah persatuan bagi mewakili pekerja penghantaran tahun lalu agar dapat membantu melindungi kebajikan mereka. Gerakan buruh itu akur bahawa para pekerja ini mempunyai daya rundingan yang rendah, lantas perubahan struktur insentif bagi pekerja penghantaran ini boleh diubah tanpa berunding lebih awal dengan mereka.



Anggota Parlimen yang juga Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Patrick Tay, dalam satu perkongsiannya menyatakan bahawa memang sudah waktunya untuk meninjau undang-undang bagi mewakili golongan pekerja sendiri dengan lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >