SEBANYAK 55 hasil seni khat yang merupakan penulisan khat oleh khatat atau penulis khat bertauliah dari Istanbul, Turkey; Maghribi dan pelbagai negara telah dipamerkan di Pameran Seni Kaligrafi Islam anjuran bersama Madrasah Aljunied Al-Islamiah, The Bustan Khat dan Pusat Kajian Sejarah, Kesenian dan Kebudayaan Islam, Istanbul.
Pameran di perpustakaan Madrasah Aljunied Al-Islamiah dari 16 hingga 18 November itu turut mempamerkan hasil khat para pemenang peraduan penulisan khat peringkat Asia 2018.