Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Panas atau hujan, motosikal jadi sumber rezeki

Jun 22, 2021 | 05:30 AM



Satu sesi dialog bersama penghantar makanan dan pemilik syarikat penghantaran makanan dan barangan, yang turut disertai oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dan Anggota Parlimen GRC Pasir-Ris Punggol, Encik Sharael Taha, telah dianjurkan BERITA HARIAN baru-baru ini. Dalam sesi tersebut, banyak perkara yang telah dikemukakan. Kami sempat menemu ramah tiga di antara peserta yang telah mengikuti dialog tersebut dan berkongsi pengalaman serta cabaran yang dihadapi khususnya di waktu pandemik ini.




WALAUPUN cuaca mendung dan nampak gelap, namun beliau tetap bersemangat untuk menjalankan kerja penghantarannya.



Begitulah rutin seharian pekerja penghantaran sepenuh masa Foodpanda, Cik Mila Komilah Kutbi setiap hari, biarpun panas terik atau bumi dibasahi hujan, semua itu beliau sanggup gagahi.



Cik Mila, 36 tahun telah menyertai industri perkhidmatan penghantaran makanan pada tahun 2017, dan bermula dengan menaiki basikal elektronik atau e-basikal, sebelum bertukar kepada menunggang motosikal setahun kemudian.



Lokasi penghantaran beliau adalah di daerah Jurong West, tetapi adakalanya juga, ia boleh merangkumi seluruh kawasan di Singapura, bergantung kepada permintaan dan pesanan yang diterima.



Beliau memberitahu Berita Harian (BH), pada awalnya, beliau memulakan pekerjaan penghantaran ini kerana ingin bergaul dan berinteraksi bersama warga lain, membuat kenalan baru, sekali gus memudahkan beliau untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris.



Cik Mila berasal dari Banten, Indonesia, namun kini sudah pun menjadi Penduduk Tetap Singapura hampir sedekad yang lalu.



"Memang pada mulanya, saya memulakan pekerjaan penghantaran makanan ini secara sambilan dengan menaiki e-bike (e-basikal) kerana ingin bercampur dan bergaul bersama teman-teman berbangsa lain dan untuk memahami bahasa Melayu dan memperbaiki bahasa Inggeris saya, selain menjana pendapatan tambahan untuk keluarga. Namun selepas setahun, saya lulus dan terus menaiki motosikal sehingga ke hari ini," kata ibu kepada anak berusia 12 dan 10 tahun ini.



CABARAN BAGI PENGHANTAR MAKANAN WANITA



Walaupun beliau sangat menyukai pekerjaannya, namun Cik Mila akui banyak cabaran yang perlu ditempuhi.



Antaranya, kawasan yang gelap dan sunyi, masalah prank order atau pesanan makanan yang dibuat untuk mempermainkan orang, pelanggan yang tidak beretika, seperti dalam membuat pembayaran tunai atau berpakaian kurang sopan ketika menerima pesanan dari penghantar makanan.



Selain itu, seperti penghantar makanan atau pekerja ekonomi gig yang lain, beliau berharap sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan Medisave dapat diberikan majikan kepada pekerja sepertinya dan menerima faedah-faedah yang lainnya.



"Selain isu keselamatan bagi kaum Hawa, pekerja penghantar makanan ini juga berisiko untuk menempuhi pelbagai masalah lain.



"Isu prank order atau tempahan nakal atau ingin mempermainkan orang lain boleh menjejas kelangsungan pekerjaan serta membuang banyak waktu kami. Selain itu, kami juga perlu membuat laporan polis. Saya harap lebih banyak sokongan dari pemerintah.



"Di waktu ini, saya membuat simpanan sendiri di akuan CPF dan Medisave saya. Saya berharap pemerintah boleh menimbangkan pemberian CPF atau Medisave dari majikan kepada pekerja seperti kami," kata Cik Mila dengan penuh pengharapan.



LEBIH PENGHANTARAN MAKANAN KE RUMAH KETIKA DI FASA DUA



Meskipun, negara ini dihimpit pandemik dan kemerosotan bagi sebilangan perniagaan, namun menurut Cik Mila, pesanan bagi menghantar makanan kukuh dan lebih tinggi di Fasa Dua yang lalu.



Beliau berpendapat, mungkin kerana ramai pekerja yang bekerja di rumah dan ada juga pelajar yang perlu menjalani pembelajaran dari rumah (HBL).



Secara am, Cik Mila boleh mendapat pesanan sehingga 24 sehari atau lebih, dan pendapatannya juga boleh mencecah sehingga $3,000 sebulan.



"Pesanan makanan di waktu Fasa Dua yang lalu, memang begitu baik. Saya boleh menerima lebih 20 pesanan dalam sehari, walaupun adakalanya keadaan begitu mencabar, seperti hujan lebat kerana jalan licin, bangunan atau unit yang sukar dicari dan sebagainya.



" Namun begitu, pekerjaan ini memberikan saya kepuasan dan dengan waktu yang fleksibel, ini amat saya hargai," tambah Cik Mila lagi yang gemar ke perpustakaan di waktu lapang bersama anak-anaknya.




"Pesanan makanan di waktu Fasa Kedua yang lalu, memang begitu baik. Saya boleh menerima lebih 20 pesanan dalam sehari, walaupun adakalanya keadaan begitu mencabar, seperti hujan lebat kerana jalan licin, bangunan atau unit yang sukar dicari dan sebagainya. Namun begitu, pekerjaan ini memberikan saya kepuasan dan dengan waktu yang fleksibel, ini amat saya hargai."
- Cik Mila Komilah Kutbi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >