Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Pantai Kuta

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Pantai Kuta

Jan 03, 2016 | 05:30 AM

Kuta
pantaimu luas terbentang
ramai penghunimu dari Australia
yang sudah lama bermastautin di sini
Kuta seolah-olah tempat lahir mereka
yang menghairankan
mengapa mereka begitu gembira
bermain dengan pantai dan laut
anak-anak perawan mereka
separuh telanjang membanjiri pantai
sedangkan mentari terik mencucuk kepala.

Kuta
dua puluh tahun dahulu
aku pernah datang ke sini
menaiki kapal besar yang dipanggil feri
aku dari Banyuwangi merentasi Selat Sunda
langsung tiba di pantaimu
pada ketika itu pantaimu tidak seindah kini
lorong-lorong kecil yang dulunya sunyi sepi,
sempit, muram, kotor dan lecak
tidak ada insan yang mahu melepak
sekarang sudah menjadi bersih dan indah
apa saja barangan yang diperlukan ada di sini
Den Pasar yang dulunya sepi
sekarang sudah menjadi Orchard Road.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3