Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN: Ejen rumah ubah strategi pasarkan hartanah

Pasangan ejen rumah bina studio media di kediaman sendiri

Wabak Covid-19 menjejas teruk urus niaga hartanah, lebih-lebih lagi semasa sekatan pemutus rangkaian jangkitan dilaksana. Bagi kebanyakan ejen hartanah, tempoh mencabar itu menyebabkan pendapatan mereka terjejas. Enggan berpeluk tubuh dan mengharapkan keadaan pulih secepat mungkin, beberapa ejen hartanah meneroka pelbagai cara untuk merancakkan semula urus niaga hartanah. BERITA HARIAN mendapatkan pengalaman beberapa ejen hartanah.
Aug 31, 2020 | 05:30 AM



AWAL tahun ini, pasangan suami isteri dan ejen hartanah, Cik Nurneeza Ali dan Encik Nizam Adli Saparin merancang memperhebat cara pemasaran mereka dengan melakukan lebih banyak video, memuat naik perkongsian berbentuk podcast dan melakukan lebih banyak interaksi dengan bakal pelanggan dalam talian.



Justeru tanpa disangka, apabila pemerintah mengumumkan untuk mengenakan langkah pemutus litar pada awal April lalu, pasangan ini seakan sudah bersedia dengan barangan elektronik yang diperlukan untuk melakukan segala pemasaran dalam talian.



Malah Cik Nurneeza, 43 tahun yang merupakan Pengarah Divisyen Bersekutu Propnex telah mengubah salah satu daripada biliknya kepada sebuah studio mini.



"Memang tak sangka juga apa yang kami rancangkan tiba-tiba menjadi nyata dengan begitu pantas.



"Jadi apabila teman-teman ejen hartanah yang lain bertanyakan bagaimana kita sudah mendapat barang-barang elektronik dengan begitu pantas seperti mikrofon, lampu, skrin hijau dan peralatan kamera dengan begitu cepat, sedangkan ramai yang masih terpinga-pinga menyesuaikan diri dengan norma baru berhubungan dengan klien secara dalam talian," ujarnya.



Menurutnya, beliau telah membelanjakan sekitar $500 bagi membeli peralatan elektronik itu.



Beliau yang memasarkan khidmat penjualan hartanahnya sendiri berkata pada ketika itu, cara pemasaran biasa kurang memberikan kesan yang diinginkan.



Memandangkan ramai yang kini lebih gemar menonton video dalam talian dan mendengar podcast, beliau mengambil keputusan untuk meneroka cara pemasaran sedemikian.



Mentelah itu, syarikatnya, Propnex telah membantu untuk mendapatkan langganan syarikat daripada wadah Zoom agar ia lebih murah untuk dilanggani para ejen hartanah sepertinya.



"Kami dapat menggunakan segala ciri-ciri Zoom dengan langganan yang lebih murah dan berbaloi.



"Kalau kami tidak melanggani wadah ini, perbualan dengan klien juga akan tersekat kerana ada masa terhad yang dikenakan syarikat tersebut kepada pengguna wadah mereka," katanya.



Menyingkap proses 'berjumpa' dengan klien secara dalam talian, Cik Neeza berkata pada awalnya agak janggal juga 'berbual' dengan skrin tetapi lama-kelamaan ia menjadi satu norma baru bukan sahaja bagi dirinya tetapi bagi semua warga Singapura.



"Jadi klien sendiri tahu bahawa inilah cara baru untuk berkomunikasi dengan ejen.



"Malah ada yang melihatnya sebagai sesuatu yang menarik, terutama dalam kalangan pembeli dan penjual muda.



"Mereka lebih selesa berkomunikasi dalam talian kerana ia lebih ringkas, mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa," katanya.



Kebanyakan kliennya juga membuat janji temu dengannya selepas 9 malam kerana itulah masanya klien lebih tenang dengan tiada gangguan daripada anak-anak.



Oleh kerana itu juga, masa bekerjanya tidak begitu tetap.



"Kadang kala saya rasa semasa tempoh pemutus litar itu, kami lebih sibuk daripada biasa. Dari pagi ke larut malam, masih terus bekerja, berbual dengan klien atau jalani latihan dalam talian," katanya lagi.



Ini kerana menurutnya, semasa tempoh ini di mana lebih ramai yang duduk di rumah, mereka mula terfikir tentang perkembangan dan kemajuan aset hartanah mereka.



Dan kerana ada lebihan masa di rumah, maka kebanyakan klien mengambil peluang untuk berbual dengan ejen hartanah.



"Saya bangga kerana kian ramai pasangan muda yang mula terfikir tentang kemajuan aset hartanah mereka.



"Malah ada ramai yang merebut peluang untuk membeli aset seperti kondominium dan kondominium eksekutif semasa tempoh pemutus litar, yang ketika itu dijual pada harga yang menarik oleh pemaju hartanah," ujarnya lagi.




"Memang tak sangka juga apa yang kami rancangkan tiba-tiba menjadi nyata dengan begitu pantas. Jadi apabila teman-teman ejen hartanah yang lain bertanyakan bagaimana kita sudah mendapat barang-barang elektronik dengan begitu pantas seperti mikrofon, lampu, skrin hijau dan peralatan kamera dengan begitu cepat, sedangkan ramai yang masih terpinga-pinga menyesuaikan diri dengan norma baru berhubungan dengan klien secara dalam talian."
- Pengarah Divisyen Bersekutu Propnex, Cik Nurneeza Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >