Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Patuh Syariah, pelaburan nilai ESG galak kemampanan melalui pelaburan

Nov 27, 2022 | 07:51 PM



CGS-CIMB SECURITIES (SINGAPURA)



BERITA PENGIKLAN



UMAT Islam yang mahu mencari dan menambahkan pendapatan halal sangat dialu-alukan melabur dalam pelaburan patuh Syariah.



Ini kerana ia telah disahkan bahawa pelaburan patuh Syariah tertapis daripada riba dan ia mengelakkan kontrak yang samar-samar serta aktiviti perniagaan yang memudaratkan.



Ini memberi pelabur keyakinan agar mereka tidak was-was tentang ke mana wang mereka diguna bagi tujuan pelaburan.



Di samping itu, dengan mencari pelaburan patuh Syariah, kita dapat memperolehi keberkatan dan seterusnya menjana pulangan yang suci untuk mencapai matlamat kewangan yang diinginkan.



Pelaburan patuh Syariah juga telah menjalani proses saringan yang dibangunkan ulama kewangan untuk mengenal pasti unsur-unsur yang melanggar peraturan dan garis panduan undang-undang Syariah.



Proses saringan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dua peringkat, yang menggunakan penanda aras aktiviti perniagaan dan penanda aras nisbah kewangan, dalam menentukan status Syariah.



Dengan saringan ini, ia memudahkan untuk mengenal pasti status patuh Syariah bagi sesebuah sekuriti ataupun syarikat.



Sebagai seorang pelabur, kita sudah tentu mahukan pelaburan jangka panjang dan akan melihat pada ketelusan urus tadbir sebuah syarikat.



Justeru, syarikat yang mempunyai pengurusan baik sudah tentu mempunyai risiko rendah pada jangka masa panjang.



Lantaran itu, pelaburan patuh Syariah boleh dicapai dengan tawaran akaun dagangan pendahuluan tunai patuh Syariah pertama di Singapura, iCash, anjuran kumpulan khidmat kewangan CGS-CIMB Securities (Singapura).



Dalam pada itu, proses melabur secara patuh Syariah sebenarnya tiada beza dengan pelaburan konvensional.



Namun, ada pelabur mempunyai salah tanggapan bahawa hanya segelintir sekuriti ditentukan sebagai patuh Syariah sedangkan sekuriti patuh Syariah sebenarnya makin meningkat saban tahun.



Pelaburan patuh Syariah pula bukan untuk orang Islam sahaja.



Ini kerana intipati penapisan pelaburan patuh Syariah adalah untuk mengecualikan ketidakpatuhan aktiviti tidak beretika dan bertanggungjawab.



Mudah kata, kita lebih cenderung kepada syarikat-syarikat yang menjaga kemaslahatan manusia seperti syarikat yang melakukan kerja-kerja amal dan mencintai alam sekitar.



Oleh itu, pelaburan patuh Syariah boleh digunakan oleh semua pelabur tanpa mengira latar belakang agama.



Selain itu, pelabur harus sedar patuh Syariah tidak bermaksud pelaburan tanpa risiko atau hasilkan keuntungan yang terjamin.



Justeru, adalah penting bagi pelabur mempunyai pengetahuan asas tentang pelaburan bagi membolehkan mereka membuat pilihan pelaburan patuh Syariah yang bersesuaian dengan keperluan mereka.



PELABURAN PATUH SYARIAH DAN ESG MEMPUNYAI



TUJUAN SAMA



Pelaburan patuh Syariah berkongsi tujuan etika yang sama dengan pelaburan yang memiliki penilaian Persekitaran, Sosial dan Pemerintahan (ESG) untuk menggalakkan kemampanan melalui pelaburan.



Pendekatan pelaburan Syariah dan ESG berkongsi keharusan moral bahawa ia tidak mendatangkan kemudaratan di samping menggalakkan aktiviti ekonomi mampan.



Salah satu contoh terhadap syarikat yang memiliki penilaian ESG adalah sebuah syarikat yang mesra alam.



Pelabur akan menilai syarikat ini dari segi penggunaan tenaga, penghasilan sisa, penggunaan sumber dan kebajikan syarikat ini kepada haiwan.



Syarikat yang mempunyai kesedaran tinggi dalam aspek kemesraan alam pastinya tidak akan mengalami prestasi kewangan yang terjejas kerana ia tidak dikenakan denda atau mempunyai gangguan operasi sekaligus berupaya menarik pelabur.



Selain itu, syarikat yang mengambil berat terhadap hak manusia serta berhubungan baik dengan syarikat lain dan komuniti setempat boleh menarik lebih ramai pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada.



Pelabur juga tertarik pada syarikat yang mempunyai pengurusan syarikat yang baik, di mana, ia membela kebajikan dan mempunyai hubungan erat dengan pekerja sambil mengutamakan kepentingan pemegang saham.



Pihak pengurusan yang bagus dan telus boleh memastikan operasi syarikat berada di tahap yang optimum.



Ini boleh menambahkan pendapatan syarikat dan menyumbang pada keuntungan yang juga bertambah.



Tujuan etika yang sama ini boleh mengembangkan dunia pelaburan bagi pelabur ESG dalam memimpin pasaran Islam seperti Malaysia dan Indonesia yang luas dengan instrumen patuh Syariah, sementara meluaskan data ESG. Dengan akaun iCash, anda dapat akses data maklumat status patuh Syariah sesebuah sekuriti dan juga ESG.



PENAFIAN



Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Maklumat yang terkandung di sini tidak membentuk tawaran, pengesyoran atau permintaan untuk membeli atau menjual sembarang sekuriti atau instrumen kewangan lain, atau untuk mengendalikan sembarang transaksi.



Semua produk pasaran kapital mengandungi risiko dan mungkin tidak sesuai untuk semua orang.



Sila rujuk kepada Penyata Pendedahan Risiko dalam Terma dan Syarat Am CSG-CIMB Securities (Singapore) Pte Ltd. (Co. Reg 198701621D) untuk butiran lanjut.



Tiada seorang pun daripada CGS-CIMB dan pengarah, pekerja, pegawai dan wakilnya masing-masing akan bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun untuk sebarang kemungkinan yang berlaku (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kerugian langsung, tidak langsung atau berbangkit, kehilangan keuntungan dan ganti rugi) daripada sebarang pergantungan pada maklumat yang terkandung dalam artikel ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >