Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja jaya dapat gaji tertunggak hasil bantuan TADM

Nov 20, 2020 | 05:30 AM



APABILA Encik Abdul Rahim menuntut bayaran bagi kerja lembur dan gratuiti yang tertunggak selepas tamatnya kontrak kerja, majikannya tidak dapat memberikan jangka masa yang tepat untuk membuat pembayaran itu.



Ketidaktentuan itu amat membimbangkan bagi pegawai teknikal itu, lebih-lebih lagi beliau memerlukan wang itu kerana belum mendapat pekerjaan baru akibat pandemik Covid-19.



Tidak mahu berdiam diri, Encik Abdul Rahim, 54 tahun membuat aduan terhadap syarikat konsultasi rekaan setempat itu kepada Perikatan Tiga Pihak bagi Pengurusan Pertikaian (TADM).



Hasil campur tangan dan perundingan menerusi dalam talian yang dijalankan oleh TADM, syarikat berkenaan memberi bayaran bagi kerja lembur dan gratuiti Encik Abdul Rahim, bernilai sekitar $10,000 tepat pada masanya.



Encik Abdul Rahim adalah di antara pekerja yang telah meraih manfaat dan dibantu menerusi khidmat pengantaraan dan nasihat TADM yang dipindahkan ke dalam talian, daripada secara bersemuka, ekoran keadaan Covid-19.



Semasa dihubungi, bapa dua anak itu berkata beliau telah berulang kali mengingatkan syarikatnya mengenai bayaran kerja lembur yang tertunggak bagi Disember 2019 hingga Februari 2020.



"Jawapan syarikat saya hanyalah mereka tidak dapat memberi tarikh atau jangka masa tepat dan pelanggan mereka bagi projek yang saya terlibat itu yang akan membayar saya.



"Saya menjadi bimbang kerana tidak ada pekerjaan lain selepas kontrak itu tamat. Jadi saya fikir saya harus lakukan sesuatu dan membuat aduan kepada TADM pada awal Mac.



"Dalam masa kurang sebulan, isu itu dapat dihuraikan," ujarnya yang bekerja dalam sektor binaan.



Lega bahawa masalahnya itu sudah terlerai, Encik Abdul Rahim berharap pihak majikan akan lebih peka tentang tanggungjawab mereka.



"Syarikat harus diberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka dan mematuhi Akta Pengambilan Kerja.



"Semasa kejadian ini berlaku, pandemik Covid-19 sudah menimpa dan keadaan kerja tidak menentu dan pekerjaan juga sukar dicari.



"Maka itu, wang tersebut amat penting untuk saya kerana ia adalah untuk saya bertahan sementara mencari pekerjaan baru," ujar beliau.



TADM ditubuhkan bersama oleh rakan-rakan tiga pihak: Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF).



Tujuan utamanya ialah membantu pekerja dan majikan menguruskannya pertikaian pekerjaan melalui khidmat nasihat dan pengantaraan.



Ia antara lain menawarkan khidmat mediasi bagi tuntutan gaji dan tuntutan pemberhentian kerja tidak wajar.



TADM juga menawarkan khidmat nasihat untuk pekerja dan golongan yang bekerja sendiri. TADM akan menerangkan pilihan yang ada untuk menguruskan pertikaian pekerjaan.



Bergantung pada kes, ia mungkin mengesyorkan rakan kongsi lain yang dapat membantu pekerja.



Untuk maklumat lanjut mengenai khidmat TADM kunjungi tal.sg/tadm




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >