Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja, majikan perlu kerjasama hadapi perubahan kerja sektor borong

Nov 06, 2021 | 05:30 AM



SEKURANG-KURANGNYA lapan dalam 10 pekerjaan sedia ada dalam sektor perdagangan borong dijangka melalui perubahan sederhana atau tinggi pada masa depan.



Penggunaan lebih meluas teknologi digital pula akan menjejas atau mengubah beberapa pekerjaan tertentu, antara yang dikenal pasti ialah pengendali operasi, pegawai jualan dan pembantu sumber.



Demikian antara jangkaan yang dibentangkan dalam peta transformasi yang dilancarkan bagi sektor itu semalam, hasil usahasama Enterprise Singapore (ESG), Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Workforce Singapore (WSG) dan SkillsFuture Singapore (SSG).



"Pekerja yang menjalankan tugas-tugas ini meluangkan masa lama melakukan tugas berulang yang boleh dilakukan secara automatik pada masa akan datang," ujar empat pertubuhan itu dalam kenyataan bersama mereka.



Dengan pelancaran peta itu, syarikat boleh menjangka transformasi terhadap pekerjaan utama dalam sektor itu dalam tiga hingga lima tahun akan datang, tambahnya.



Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata perubahan terhadap sektor yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat memerlukan kerjasama pekerja dan majikan.



"Perubahan-perubahan ini akan bermula dalam tempoh terdekat dan saya menggesa pekerja supaya terus mempertingkat kemahiran dan meraih kemahiran baru untuk kekal relevan.



"Pada masa sama, perniagaan perlu memberi sokongan kepada pekerja, kerana daya saing dan keupayaan tenaga kerja yang dipertingkat akan melengkapi usaha transformasi mereka," kata beliau semasa memberi komen kepada media selepas kunjungannya ke syarikat pengeluaran produk teknologi maklumat tempatan, Ban Leong Technologies, di Ubi Avenue, semalam.



Syarikat digesa menyesuaikan diri menggunakan strategi yang disarankan untuk mempertingkat daya saing serta membangunkan tenaga kerja yang lebih baik.



Antara langkah sokongan yang telah diperkenal ialah Geran Meningkatkan Daya Penghasilan (Reka Semula Pekerjaan) untuk membantu syarikat menggunakan huraian produktiviti dan digital yang mudah pada peringkat awal perjalanan mereka ke arah digitalisasi lanjut.



Geran itu boleh digunakan untuk membentuk semula proses pekerjaan, tugasan dan tanggungjawab.



Yang ingin peningkatan keupayaan berdasarkan keperluan tertentu, transformasi perniagaan dan peluang melangkah ke arah pasaran antarabangsa boleh memanfaatkan Geran Pembangunan Perusahaan.



Untuk melengkapkan pekerja dengan kemahiran dalam peranan pekerjaan masa depan seperti blockchain, analitik data, sistem perdagangan programatik dan automasi robotik, majikan boleh berdaftar bagi program penukaran kerjaya WSG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >