Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Pelajar berpeluang sertai Bengkel Kongres Model Harvard Asia dan Program Kajian Belia di A*STAR

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hidayah
32
0

Pembukaan Rasmi Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah ~ Memupuk Insan yang Bertakwa, Berilmu dan Pemimpin yang Berjiwa Rahmah

Pelajar berpeluang sertai Bengkel Kongres Model Harvard Asia dan Program Kajian Belia di A*STAR

Nov 27, 2021 | 05:30 AM

SELAMA bertahun-tahun, Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) membina reputasi sebagai pusat kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik mahupun bukan akademik. MAI tidak hanya menggalakkan para pelajarnya menumpukan kecemerlangan di sekolah, bahkan mendorong mereka juga untuk mengukir kejayaan di peringkat nasional serta antarabangsa. Oleh itu, MAI telah menghantar para pelajarnya untuk menyertai Bengkel Kongres Model Harvard Asia (HMCA) dan Program Kajian Belia di A*STAR sebagai usaha memaksimumkan potensi pelajar.

BENGKEL KONGRES MODEL HARVARD ASIA (HMCA)

Baru-baru ini, lima orang pelajar MAI iaitu Fatima Musharrat, Salwa Sanaullah Khan, Afiqah Ashfaque, Hadiya Ali dan Velliyattil Sheheen Parveen bersama perwakilan pelajar dari negara lain mengasah kemahiran membahaskan isu politik menerusi Bengkel HMCA. Menceritakan pengalaman sebagai peserta bengkel, Fatima Musharrat berkata, "Seminggu sebelum bengkel berlangsung, kami menghadiri persidangan bersama seorang wartawan hal ehwal antarabangsa, Cik Stéphanie Filliano. Selain berbincang tentang pilihan raya Switzerland, kami didedahkan kepada dunia kewartawanan dalam bidang penyiasatan dan politik.

"Para peserta turut mempelajari asas sesi jawatankuasa di Kongres, cara pemerintah AS berfungsi dan banyak lagi pengucapan awam. Akhir sekali, kami mempelajari prosedur parlimen dan menjalani sesi latihan jawatankuasa berdasarkan tema 'Wanita Dalam Konflik'. Kami turut menulis rang undang-undang bersama ahli senat atau kongres masing-masing dan berdebat untuk meluluskan rang undang-undang tersebut. Secara keseluruhannya, ia merupakan pengalaman yang membuka mata pelajar untuk mempelajari kemahiran baru, menjalin hubungan sosial dan meningkatkan semangat untuk membawa perubahan."

PROGRAM KAJIAN BELIA DI A*STAR

Pada setiap tahun juga, MAI akan menghantar pelajar menengah tiga terbaik untuk menghadiri temu duga di Program Kajian Belia di A*STAR. Program tahunan ini dilaksanakan pada cuti akhir tahun, yang mana setiap peserta akan ditugaskan bersama seorang pengkaji dalam salah satu institut kajian A*STAR selama lima minggu. Di bawah pemantauan pengkaji bertugas, para pelajar akan meraih pengalaman bekerja di institusi tersebut dan diperkenalkan kepada kajian saintifik.

Cik Nur Dayyinah Aqilah Md Riza dari kohort 2019 merupakan pelajar pertama dari MAI yang diterima untuk mengikuti program kajian itu. Pada tahun 2021, Mishel Maryam Nasir dan Kashfia Humaira Shahjahan pula telah lulus proses pemilihan dan bakal menyertai Institut Kejuruteraan Bio dan Teknologi Nano (IBN) selama 3 bulan, selepas peperiksaan GCE peringkat 'O' pada akhir bulan ini.

Ditubuhkan sejak tahun 1930-an, MAI banyak menerima sokongan melalui sumbangan individu atau organisasi yang tampil sebagai rakan kongsi. Hasilnya, institusi berteraskan Islam seperti Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah terus beroperasi dan mampu mendidik golongan muda tentang nilai serta tradisi Islam.


CARA MENDERMA:

Kirimkan cek atas nama 'Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah'. Tuliskan nama dan nombor telefon di belakang cek untuk madrasah sampaikan salinan resit derma

Lakukan pemindahan wang ke akaun OCBC 591-10703-2001. Kirimkan nama, alamat dan nombor telefon anda ke admin@mai.edu.sg untuk madrasah sampaikan salinan resit derma.

Derma di kaunter madrasah di 3 Lorong 6, Toa Payoh, Singapura 319378

Derma menerusi PayNow di aplikasi perbankan menggunakan Nombor UEN T08GB0028LMAI.

Telefon 6744-4749 atau WhatsApp ke 8474-7000 untuk pengambilan derma di rumah.

Untuk derma menggunakan kad debit/kredit, sila ke laman www.mai.edu.sg/giving-to-mai/

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3