Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Pelajar ITE turut diutamakan dalam menerima bantuan LBKM

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

LEMBAGA BIASISWA KENANGAN MAULUD (LBKM)

Pelajar ITE turut diutamakan dalam menerima bantuan LBKM

Nov 12, 2021 | 05:30 AM

PENDEKATAN menyeluruh dalam membantu pelajar-pelajar telah membolehkan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) memberi perhatian sama kepada penuntut-penuntut dari pusat-pusat pengajian di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Malahan, untuk penuntut-penuntut ITE ini, dua bentuk bantuan dikhususkan iaitu Skim Bantuan Kewangan Khas bagi Pelajar ITE, dan Anugerah Kecemerlangan Akademik LBKM bagi Pelajar ITE.

Sejumlah $230,000 telah disalurkan ke dalam Skim Bantuan Kewangan Khas bagi Pelajar ITE sejak ia dimulakan pada 1998.

Ini bererti dana sejumlah $10,000 setiap tahun telah diketepikan bagi membantu penuntut-penuntut ITE yang memerlukan.

Anugerah Kecemerlangan Akademik LBKM pula dilancarkan 10 tahun lalu.

Bagi tahun ini, sebanyak $38,400 telah diagihkan kepada 120 penuntut ITE yang terdiri dari pelajar-pelajar tahun pertama yang berjaya meraih tiga tempat teratas dalam pencapaian akademik.

Antara penuntut dari ITE yang pernah dibantu oleh LBKM ialah Encik Muhammad Adam Loh Wei Lun Mohd Ridzuan Loh, 27 tahun.

Encik Muhammad Adam sekarang sedang melanjutkan peringkat ijazah kepujian dalam bidang komputer sains di Institut Teknologi Singapura (SIT).

Lulusan Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah (kini Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah), Encik Muhammad Adam memasuki ITE Kolej Timur pada tahun 2012 dan berjaya mendapatkan sijil Higher NITEC dalam Teknologi Rangkaian Keselamatan. Atas rekod prestasi yang baik, Encik Muhammad Adam telah diterima ke Politeknik Temasek pula untuk mendapatkan sijil peringkat diploma dalam bidang Teknologi Maklumat pada tahun 2017.

Atas ketekunan dan pencapaiannya yang terus menyerlah dan konsisten, Encik Muhammad Adam telah dianugerahkan Biasiswa LBKM - Dana LHL Trailblazer yang ditadbir LBKM, selama tiga tahun berturut-turut.

Beliau kini menjadi ikon pelajar contoh bagi memberi perangsang dan semangat kepada penuntut-penuntut ITE lainnya yang mereka juga boleh terus belajar hingga ke peringkat universiti.

Encik Muhammad Adam bukan sahaja seorang pelajar cemerlang, malah beliau juga aktif melibatkan diri dalam pelbagai projek yang memerlukan kemahiran penggunaan informasi dan teknologi terkini.

Antara beberapa projek yang dikendalikan atau diterajui beliau termasuk projek yang dimenangi melalui sebuah tender dari Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Minat yang mendalam dalam bidang teknologi telah mendorong beliau untuk melancarkan syarikat teknologinya sendiri yang diberi nama S2 Technologies.

LBKM berharap dengan sokongan padu dan bantuan yang berterusan dari masyarakat setempat di sini, maka kita dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang berbakat seperti Encik Muhammad Adam.

Kemampuan beliau telah membuktikan bahawa kegigihan dan semangat untuk mengejar impian membolehkan seseorang pelajar mengecap kejayaan tanpa mengira latar belakang dan institusi.

Semoga sumbangan yang terus disalurkan kepada LBKM membawa harapan perubahan dalam kita meningkatkan mutu dan pencapaian pelajar-pelajar kita di semua peringkat pengajian.


CARA MENYUMBANG

  • Derma 'online' www.giving.sg/lbkm/TJO
    Paynow ke UEN S66SS0027A.
  • Bagi pemindahan bank, DBS Autosave ke 017-903045-5. Hantarkan cek anda kepada 448 Changi Road, #04-01 Wisma Indah Singapura 419975.
  • Hantar tangkap layar sumbangan anda, beri butiran nama, NRIC ke 9647-4695 untuk mendapatkan resit pelepasan cukai.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3