Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH (MAI)

Pelajar MAI seiring murid lain dalam penilaian 'kecekapan global'

Oct 30, 2020 | 05:30 AM



SEKUMPULAN pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) yang menyertai satu kajian global didapati menunjukkan sikap kecekapan global yang seiring dengan pelajar Singapura lain.



Kajian tersebut - Program bagi Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) - menetapkan "kecekapan global" sebagai keupayaan pelajar untuk meneliti isu-isu ketara, menghargai perspektif berbeza, melibatkan diri dalam interaksi antara budaya secara berkesan, dan mengambil langkah bagi kesejahteraan bersama serta pembangunan mampan.



Faktor-faktor tersebut dinilai menerusi apa yang pelajar tahu dalam bacaan, serta mata pelajaran matematik dan sains, dan apa yang dapat mereka lakukan dengan apa yang mereka ketahui.



Mengalu-alukan hasil kajian PISA 2018, Pengetua Madrasah Al-Arabiah, Encik Herman Cher Main, berkata ini satu berita yang amat memberangsangkan bagi pelajar madrasahnya.



"Saya percaya masyarakat Islam setempat wajar tahu bahawa pelajar kita juga setanding dan seiringan dengan pelajar di sekolah-sekolah sekular dalam faktor-faktor itu.



"Selain itu, mereka juga setanding dalam bidang pengajian seperti matematik dan sains.



"Ini satu pencapaian yang saya harap mampu menepis sebarang stereotaip tentang keupayaan pelajar madrasah," kata Encik Herman.



Seramai 60 pelajar MAI - 59 pelajar menengah empat dan satu pelajar menengah tiga - dipilih secara rambang untuk menyertai kajian tersebut yang dijalankan pada 2018.



Secara keseluruhan, seramai 6,676 pelajar dari 153 sekolah menengah awam dan 13 sekolah swasta - termasuk Madrasah Al-Arabiah - menyertai PISA 2018.



Dari jumlah itu, sekitar 46 peratus pelajar yang ditinjau di Singapura meraih dua peringkat kecekapan global tertinggi, berbanding 14 peratus dari 27 sistem pendidikan negara lain yang turut serta.



PISA disifatkan sebagai salah satu penilaian pembelajaran pelajar peringkat antarabangsa yang paling komprehensif dan ketat sejauh ini.



Hasil kajian PISA 2018 itu baru didedahkan pada pertengahan tahun ini kepada sekolah-sekolah yang menyertainya.



MAI merupakan satu-satunya madrasah peringkat menengah yang menawarkan pengajian akademik yang menyeluruh di bawah Sistem Madrasah Bersama (JMS).



Ini bermakna selain pengajian Islam seperti program Dirasat Deeniyah dan program Tahfiz Quran, Madrasah Al-Arabiah turut mengajar pelajar mata pelajaran akademik seperti matematik, biologi, fizik dan kimia.



Sementara itu, Encik Herman menambah, sebagai sebuah institusi yang amat bergantung pada sumbangan masyarakat, wabak Covid-19 ini juga telah menjejas usaha MAI mengumpul dana.



Selain kos operasi, beliau berkata dana juga masih diperlukan bagi melengkapkan keperluan kampus baru Madrasah Al-Arabiah yang mula beroperasi tahun ini.



"Pihak kami mengalu-alukan sumbangan orang ramai,'' kata Encik Herman.




SUMBANGAN ANDA DIHARGAI



- Kirimkan cek atas nama 'Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah'. Tuliskan nama dan nombor telefon di belakang cek untuk madrasah sampaikan salinan resit derma;



- Lakukan pemindahan wang ke akaun OCBC 591-10703-2001. Kirimkan nama, alamat dan nombor telefon anda ke admin@mai.sg untuk madrasah sampaikan salinan resit derma.



- Derma di kaunter madrasah di 3 Lorong 6, Toa Payoh, Singapura 319378



- Derma menerusi PayNow di aplikasi perbankan mengguna Nombor UEN T08GB0028LMAI.



- Telefon 6744-4749 atau Whatsapp ke 8474-7000 untuk pengambilan derma di rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >