Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pelajari, cipta kegiatan bermakna antara mentor dengan pelajar

Dec 05, 2022 | 05:30 AM



APABILA Encik Nur Syazwan Syamsuddin, 25 tahun, penuntut kursus ijazah jurusan sains komputer dalam simulasi interaktif masa nyata daripada Institut Teknologi Singapura (SIT) dan pembimbing Yayasan Mendaki, terlalu sibuk dan tertekan dengan kerja sekolahnya, pelajar di bawah bimbingannya menghubungi beliau dan memberinya galakan.



Pada saat itu, Encik Syazwan, mentor kepada pelajar tersebut, menghargai keprihatinan mereka dan sedar bahawa hubungan antara mentor dengan pelajar bimbingan saling mendukung.



"Ia satu pengalaman yang saya tidak akan lupakan dan mendorong saya terus menjadi mentor kepada pelajar. Mereka juga buat saya bersikap lebih terbuka untuk berkongsi cabaran yang saya hadapi," katanya.



Beliau kini juga bekerja sambilan bersama SIT untuk membina sofwe bagi membantu mendiagnosis dan merawat masalah leher.



Encik Syazwan menjadi mentor bersama badan bantu diri Yayasan Mendaki selama dua tahun, dengan beliau telah membimbing enam pelajar sekolah menengah dan tiga pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Setiap program bimbingan berlangsung selama enam bulan.



Mengulas pengalamannya sebagai mentor, Encik Syazwan, anak sulung dalam dua beradik ini berkata:



"Walaupun saya dan pelajar di bawah bimbingan saya berlainan usia, saya rasa kami berkongsi pengalaman sama dalam beberapa perkara seperti hubungan sesama manusia dan kemajuan diri."



Encik Syazwan telah mendaftarkan diri sebagai mentor di Yayasan Mendaki kerana beliau ingin menabur bakti dan menyumbang kembali kepada masyarakat yang telah membantu dalam perjalanan pendidikannya.



Beliau sendiri mendapat bantuan kewangan daripada badan bantu diri tersebut bagi yuran tuisyen di politeknik dan di SIT.



Bagi mempersiap diri sebagai seorang mentor, Encik Syazwan perlu menjalani latihan bimbingan anjuran Yayasan Mendaki dan menghadiri sesi amalan masyarakat (community of practice), dengan pelbagai mentor berkongsi pengalaman, cabaran dan cara mengatasi pelbagai cabaran semasa menghadapi pelajar bimbingan.



Program bimbingan Yayasan Mendaki ini adalah sebahagian daripada Mentoring SG, satu gerakan nasional yang bermatlamat membina budaya bimbingan di Singapura dan menjadikan bimbingan lebih mudah diakses golongan belia.



Dalam usahanya membimbing para belia, beliau cuba sedaya upaya meningkatkan daya keyakinan mereka dengan memberi tumpuan kepada kekuatan diri masing-masing.



"Dalam dunia yang berkembang pesat ini, mudah melupakan harga diri. Saya selalu mengingatkan setiap pelajar di bawah bimbingan saya bahawa setiap seorang daripada mereka istimewa dan mempunyai bakat tersendiri," katanya.



Berkongsi tentang salah seorang pelajar yang dibimbingannya, Encik Syazwan berkata:



"Saya lihat perkembangan baik terhadap salah seorang pelajar di bawah bimbingan saya, Aiman. Dia sekadar memerlukan seseorang untuk mendengar luahannya. Apabila dia dapat melahirkan apa yang tersirat dalam hati, dia akan merenung dan ini membantunya membuat keputusan sendiri."



Beliau menambah bahawa beliau turut menganggap pelajar di bawah bimbingannya sebagai kawan dan beliau pernah mempunyai sesi santai bersama mereka menerusi wadah komunikasi video, Zoom, dengan pelajar di bawah bimbingannya bermain gitar atau permainan komputer sementara Encik Syazwan melakukan kerja sekolahnya.



"Dalam sesi santai inilah, mereka selesa berkongsi apa sahaja dengan saya," katanya yang mendapati pengalaman bimbingan ini sangat memuaskan buat dirinya dan para pelajar.



Lantaran itu, Encik Syazwan mendapat pengajaran bahawa usaha mendengar luahan atau isi hati seseorang itu sangat penting.



"Saya rasa, kerap kali, ramai orang hanya memerlukan seseorang untuk pasang telinga, bukan memberi nasihat atau maklum balas. Dalam pengalaman saya, mereka yang inginkan seseorang untuk mendengar luahan mereka tahu apa mereka ingin lakukan tetapi hanya mahu melahirkan isi hati kepada seseorang," kata Encik Syazwan.



Beliau kini adalah sebahagian daripada jawatankuasa penganjur bagi program Mentor Rakan Sebaya (Peer Mentor) dan berharap dapat mempelajari dan mencipta kegiatan bermakna antara mentor dengan pelajar yang dibimbing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >