Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ARTIKEL KHAS PENDIDIKAN

Pelajari ilmu agama perkasa diri

Dec 11, 2021 | 05:30 AM



DALAM mengharungi VUCA atau keadaan perkara yang tidak menentu, umat Islam seharusnya mewarisi semangat ummatan wasatan supaya dapat menjalani kehidupan dengan seimbang dan stabil.



Istilah ummatan wasatan dinyatakan di dalam kitab suci Al-Quran, surah Al-Baqarah, ayat 143:



"Demikian pula Kami telah menjadikan kalian (umat Islam) ummatan wasatan (umat yang adil dan pilihan) agar kalian menjadi saksi atas (perbuatan manusia) dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kalian."



Menurut Pengarah Eksekutif (Pendidikan) Andalus, Ustaz Fathurrahman Dawoed, wasatan membawa maksud seimbang iaitu umat yang seimbang.



Beliau menjelaskan bahawa sifat utama umat yang seimbang ialah seimbang pada pandangan mereka berkenaan dunia dan akhirat dan seimbang pada pendidikan fardhu ain fardu ain (bersandar wahyu) dan fardu kifayah (berdasar pancaindera dan akal).



Ini untuk memastikan individu tidak ekstrem dan dapat letakkan sesuatu pada tempatnya.



Kata Ustaz Fathurrahman lagi, dengan keseimbangan ini, seorang Muslim dapat mengatasi cabaran semasa dengan lebih baik.



Justeru, dengan mempelajari dan mendalami ilmu agama, ia dapat membina jati diri secara kerohanian, fizikal serta mental dalam menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran dunia, ujar Pengarah Eksekutif Cordova, Ustazah A'ishah Ismail.



Apa jua cabaran, seorang insan dapat berlapang dada dan tetap teguh dengan pegangan agamanya.



Ini sejajar dengan matlamat dan peranan individu sebagai 'abd - khalifah' di muka bumi dalam mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat.



Bagi mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat, adalah penting bagi umat Islam mendalami ilmu dan kefahaman mengenai sifat-sifat dan qadar Allah s.w.t..



Menunaikan solat, membaca kitab suci Al-Quran dan membaca doa-doa harian juga adalah antara cara umat Islam boleh mencari ketenangan dalam mengharungi keadaan tidak menentu yang boleh menimbulkan tekanan dan gangguan emosi dan mental.



Dalam pada itu, sama penting juga bagi umat Islam menimba ilmu agama dengan berguru.



"Dalam pendidikan Islam, guru dianggap penting kerana peranan guru bukan sahaja untuk mendidik tetapi beliau adalah role model yang boleh menyampaikan nilai-nilai baik kepada pelajar.



"Mendapat barakah dari berguru juga diterapkan apabila pelajar berinteraksi dengan guru, tidak kira secara fizikal atau secara langsung di dalam talian," jelas Ustaz Fathurrahman.



Lantaran itu, Ustaz Fathurrahman mengalu-alukan masyarakat Islam setempat mendaftar di pusat pendidikan Andalus dan Cordova yang menyediakan pendidikan Islam yang berstruktur, seimbang dan bersepadu dari peringkat prasekolah hingga ke pascaijazah.



Pusat pendidikan Islam ini berusaha menyesuaikan pengajian tanpa mengetepikan pendekatan tradisional dalam kurikulum walaupun wadah digital kini digunakan ekoran keadaan pandemik masa kini.




"Dalam pendidikan Islam, guru dianggap penting kerana peranan guru bukan sahaja untuk mendidik tetapi beliau adalah role model yang boleh menyampaikan nilai-nilai baik kepada pelajar.

Mendapat barakah dari berguru juga diterapkan apabila pelajar berinteraksi dengan guru, tidak kira secara fizikal atau secara langsung di dalam talian.''

- Pengarah Eksekutif (Pendidikan) Andalus, Ustaz Fathurrahman Dawoed




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >