Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Gloria, Hatta peka buka cerita senario kematian

Nov 05, 2021 | 05:30 AM



APABILA ibunya ingin merakam gambar khusus buat hari mati untuk diletakkan pada keranda dan kenderaannya, pelakon Gloria Tan dan abangnya mula bimbang.



Di dalam hatinya tertanya-tanya: "Mak ni sakit ke? Kenapa tiba-tiba berbual tentang kematian?"



Menurut Tan, 32 tahun, peristiwa yang berlaku awal tahun ini benar-benar menyentaknya untuk fikirkan lebih awal tentang perjalanan menuju kematian sebagaimana yang diutarakan ibunya.



Kebetulan pula, beliau dilamar bagi segmen sketsa Pantang Dos and Don'ts dalam rancangan anekaragam Kata-Kata Kita yang menyentuh tentang isu akhir hayat.



Kata-Kata Kita adalah inisiatif seni dalam projek Both Sides, Now: Mengukir Harapan yang ingin membuka wadah buat masyarakat Melayu selesa berbincang tentang perihal kematian dan kesejahteraan hidup sebelum mati.



Tan berkongsi pentas dengan pelakon Hatta Said, 44 tahun, teman lamanya dalam dunia teater bagi memaparkan senario wajar mahupun tidak ketika menziarahi jenazah.



Ketika dihubungi menerusi Zoom, Tan yang fasih berbahasa Melayu dan sering muncul dalam rancangan Suria, berkata:



"Alangkah terperanjatnya saya dan abang apabila ibu tiba-tiba minta fotonya dirakam.



"Satu buat gambar keluarga...itu biasalah. Tapi permintaan kedua buat kami terkejut! Dia nak gambar buat upacara kematian untuk diletak di keranda dan kenderaan.



"Kami terpinga-pinga. Mak kita ni dah kenapa? Dia sakit apa? Kami cuba fikirkan rasional di sebalik permintaannya itu.



"Namun apabila saya dan abang duduk berbual dari hati ke hati, kami menyedari ada banyak perkara yang perlu kita fikirkan sebelum mati. Banyak keputusan perlu dibuat untuk orang tersayang yang ditinggalkan.



"Rumusannya, saya dan abang harus bersikap terbuka dan dengar permintaan ibu bapa kita."



Tan akur beliau teruja terlibat dalam program anekaragam kemasyarakatan seperti Kata-Kata Kita.



"Saya berpeluang bekerjasama dengan insan-insan hebat. Saya seronok mendengar ceramah tentang undang-undang syariah berkaitan dengan isu akhir hayat.



"Semuanya buat pengetahuan saya sendiri. Sepanjang terlibat dalam teater, saya sukakan kerencamannya di luar skop teater hiburan seperti teater masyarakat.



"Sebelum Covid-19, saya juga terlibat dalam projek teater di mana saya mengarah pementasan anak-anak dengan autisme demi memperkasa mereka dengan kemahiran seni," jelasnya lagi.



Tan berharap setiap orang dapat keluar daripada kepompong kebimbangan ketika membincangkan isu akhir hayat.



"Ada orang takut menua sebab tubuh badan mereka semakin dimamah usia. Apa akan jadi selepas itu?



"Memikirkannya juga buat saya tak boleh tidur berhari-hari. Saya tahu mati itu pasti tetapi yang penting adalah kesediaan kita mengubah pemikiran demi mengatur perjalanan kita sebelum mati, apa persiapan kita buat orang tersayang," tambahnya yang membaca buku Being Mortal oleh Atul Gawande dalam menghadam isu akhir hayat.



Tan memberi jaminan walaupun dirinya dan Hatta nakal dan suka mengusik, mereka tidak akan meremehkan isu kematian atau mempersendakannya.



"Ini isu serius. Kami peka walaupun kami memang suka buat lawak dan gila-gila," tambahnya.



Hatta pula berbesar hati dapat libatkan diri dalam Kata-Kata Kita kerana ia ruang memupuk kesedaran masyarakat Melayu tentang isu akhir hayat.



"Saya belajar tentang kepentingan membuat keputusan apabila anda masih lagi hidup dan fikirkan tentang apa yang boleh dilaksanakan seandainya sesuatu berlaku kepada anda.



"Saya akur isu akhir hayat dilihat sebagai isu 'pantang' bagi sesetengah orang. Mereka berat nak buka mulut tentang perkara ini. Mereka tidak boleh dipaksa berbincang mengenainya.



"Inilah cabaran buat kami. Walaupun saya tiada pengalaman peribadi membuat keputusan buat anggota keluarga yang meninggal, saya tetap yakin tentang kepentingan membuat keputusan selagi anda masih bernyawa bagi mengelakkan tekanan muncul buat orang tersayang kelak," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >