Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan muda kurang belanja Raya

May 07, 2021 | 05:30 AM



DENGAN langkah pengurusan selamat diketatkan pada tempoh ini, serta ketiadaan Bazar Geylang Serai buat tahun kedua Ramadan ini, peruncit di Joo Chiat kini merasakan 'kesempitan' kerana jumlah pelanggan muda lebih berkurangan sekarang.



Menurut beberapa peruncit di pusat beli-belah itu, golongan pelanggan muda, yang selalunya tertarik dengan adanya Bazar Geylang Serai dahulu merupakan golongan yang mempunyai kuasa perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding pelanggan lebih tua.



Cik Faridah Ngajis, pengurus butik Anglia, berkata golongan pelanggan muda membentuk sekitar 25 peratus kadar penjualan di butiknya itu.



"Mereka selalunya akan datang ke sini kerana tertarik dengan adanya bazar dan mereka juga merupakan golongan yang akan membeli lebih banyak barang berbanding pelanggan yang lebih tua," katanya.



Berdasarkan tinjauannya, Cik Faridah memerhatikan bahawa meskipun terdapat lebih ramai orang yang melanggani Joo Chiat Complex, kadar penjualan tidak mencecah setinggi seperti tempoh sebelum Covid-19.



Malah, menurutnya, golongan pembeli yang sering melanggani butik beliau adalah mereka yang lebih lanjut usia iaitu 35 tahun ke atas.



"Kami perhatikan terdapat lebih ramai orang yang datang ke mari tetapi kadar penjualan tidak jauh beza sangatlah.



"Mereka yang datang adalah golongan 'regulars' (pelanggan tetap) yang memang sering datang ke Joo Chiat dan kuasa perbelanjaan mereka tidak seberapa."



Cik Faridah berkata golongan pelanggan muda digelar sebagai game changer (pengubah keadaan) kerana mereka mempunyai kemampuan untuk membeli lebih banyak produk biarpun golongan itu tidak seramai mereka yang sudah lanjut usia.



"Sebenarnya kami menjangkakan tahun ini jauh lebih baik daripada tahun lalu.



"Biarpun penjualan sekarang lebih laris, ia tidak setinggi dahulu. Malah, sasaran penjualan kami kini amat sukar untuk dicapai.



"Lebih lagi dengan langkah yang lebih ketat yang diperkenal baru-baru ini, kami menjangkakan pelanggan tidak akan membeli banyak produk selain memenuhi keperluan mereka buat hari pertama Hari Raya. Mungkin mereka akan beli satu hingga tiga helai sahaja," kata beliau lagi.




"Sebenarnya kami menjangkakan tahun ini jauh lebih baik daripada tahun lalu. Biarpun penjualan sekarang lebih laris, ia tidak setinggi dahulu. Malah, sasaran penjualan kami kini amat sukar untuk dicapai. Lebih lagi dengan langkah yang lebih ketat yang diperkenal baru-baru ini, kami menjangkakan pelanggan tidak akan membeli banyak produk selain memenuhi keperluan mereka buat hari pertama Hari Raya."
- Cik Faridah Ngajis, pengurus butik Anglia di Joo Chiat Complex.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >