Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUR INSAN

Pelbagai program agama untuk masyarakat

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



SELARI dengan Projek Syukur Ramadhan, Nur Insan akan menganjurkan pelbagai pengisian agama untuk masyarakat.



Antara program Nur Insan menerusi Facebook Live@Nur Insan SG ialah Tadarrus Ramadhan, yang bakal bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 9.30 malam.



Matlamat utama program ini adalah untuk mengajak masyarakat meraikan Ramadan dengan membaca Al-Quran sambil disemak oleh seorang ustaz bertauliah secara langsung.



Pada kali ini, Nur Insan mengetengahkan bacaan surah-surah lazim untuk dipraktikkan ke dalam solat para peserta.



Lebih istimewa, tetamu jemputan dari kalangan selebriti dan juga seorang sheikh dari Syria akan bersama-sama untuk mengisi ruang ilmu dalam program tersebut.



Kaum wanita juga dijemput untuk menyertai program Wardah Ramadhan, sebuah program yang dikhususkan kepada Muslimah pada setiap Jumaat (9.30 malam).



Program celik ilmu ini bakal mengupas isu-isu semasa berkaitan wanita dan perihal Ramadan yang pasti bermanfaat untuk kaum hawa.



Untuk minggu ini, anda dapat menyaksikan asatizah jemputan iaitu Ustazah Siti Syariati Sulaiman bersama hos jemputan, Cik Nadiah M Din.



Dalam program Bicara Syukur Ramadhan pula, anda dapat mendengar perkongsian daripada asatizah mapan yang akan menyertai program ini seperti Ustaz TM Fouzy, Ustaz Ahmad Dahri berserta hos Atalha Ab Shaikh, Haziq Halim dan ramai lagi.



Program ini akan bersiaran pada setiap Sabtu, dari 9.30 malam untuk membicarakan tentang isu-isu kemaslahatan masyarakat mengenai Ramadan.



Nur Insan menyajikan sebuah program hiburan Islam yang sesuai untuk remaja bersama pemuzik berpengalaman dan penyanyi tanah air.



Program yang dikenali sebagai Akustik Ramadhan ini akan ditayangkan pada setiap hari Ahad (9.30 malam) di Facebook Nur Insan.



Menepati hiburan Islamik, Nur Insan mengetengahkan irama nasyid, qasidah serta lagu-lagu kerohanian sebagai santapan jiwa masyarakat Islam.



Antara artis yang akan bersama adalah Zubir Abdullah, Ramli Sarip, serta asatizah tempatan.



Presiden Nur Insan, Encik Muhd Faaris Ameerjan, berkata:



"Bersama tekad yang tinggi, Nur Insan menyimpan hasrat untuk terus memberikan pendidikan agama secara percuma kepada semua lapisan masyarakat Islam.



"Bagi tujuan tersebut, Nur Insan memerlukan peruntukan sebanyak $500,000 setahun untuk menampung segala kos dan perbelanjaan.



"Oleh itu, Nur Insan amat mengharapkan agar masyarakat Islam di Singapura dapat bersatu hati untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan agar anak-anak di Nur Insan dapat mempelajari agama Islam dengan sempurna.''




CARA MENDERMA, TUNAI ZAKAT HARTA



Cara menderma Wakaf Ilmu Nur Insan.



Antara pakej yang disediakan adalah:



- Pakej $100, bagi hadiah Sejadah

- Pakej $300, bagi hadiah Aromatherapy Speaker

- Pakej $500, bagi hadiah Amazing Al-Quran

- Pakej $1000, bagi hadiah Tablet Islamik



Tunaikan zakat harta dan fidyah bersama Nur Insan.



- Anda boleh salurkan melalui pemindahan akaun ke OCBC 588-121269-001,

- PayNow ke UEN T13SS0204C,

- Hantar cek atas nama 'Nur Insan' ke pejabat kami di A'posh Bizhub, 1 Yishun Industrial St 1, Singapura 768160

- Sokong Nur Insan secara bulanan dengan pemotongan kad kredit atau kad debit anda melalui laman web



Sertai Kempen DermaOne



- Derma $1.00 secara pemindahan otomatik (PayPal) sepanjang bulan Ramadan atau 10 hari terakhir. Sila ke www.nurinsan.sg/dermaone

- Khidmat pengambilan derma dari rumah. Sila hubungi talian 6920 7505 atau WhatsApp 8768 4688

- Lungsuri laman www.nurinsan.sg untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >