Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AR-RAUDHAH

Pelbagai usaha kumpul dana bagi projek peningkatan

Anggaran kos projek peningkatan berjumlah $6 juta, justeru sumbangan masyarakat amat diperlukan
Sep 24, 2021 | 05:30 AM



USAHA Masjid Ar-Raudhah dalam mengumpul dana untuk kerja-kerja peningkatan masjid telah mendapat sambutan menggalakkan sejak Oktober tahun lalu.



Menurut Pengurus Masjid Ar-Raudhah, Cik Maszita Mohammad, pihak masjid telah melakarkan pelbagai kegiatan yang membolehkan masyarakat menyumbang.



Antaranya adalah melalui jualan kupon nasi beriani amal, kupon kurma ajwa amal dan kupon nasi ambeng amal.



Kini, pihak masjid sedang menjual kupon ayam goreng Arnold's Spring Chicken amal.



Di samping itu, masyarakat juga boleh menyumbang melalui wakaf lot masjid atau di dalam talian.



"Pihak masjid juga mempunyai projek tersendiri bagi mengumpul dana.



"Contohnya, kami telah memberikan kad sumbangan Masjid Ar-Raudhah 2021 dalam bentuk sampul surat kepada murid-murid tadika dan madrasah kami supaya mereka dapat membantu mengumpulkan dana melalui waris mereka.



"Kakitangan masjid dan kumpulan Muslimah Masjid Ar-Raudhah pula mempunyai tabung keluarga, di mana mereka boleh menabung dan tabung itu akan dipulangkan ke Masjid Ar-Raudhah apabila sudah penuh. Projek menabung ini masih berterusan hingga akhir tahun ini," kata Cik Maszita.



Masjid Ar-Raudhah bakal menjalankan kerja-kerja peningkatan pada akhir tahun ini atau tahun depan.



Kata Cik Maszita: "Matlamat kami ialah mengumpul dana mencapai $2 juta setiap tahun. Alhamdulillah, pada tahun ini, sebanyak $815,000 telah dikumpulkan sejauh ini."



Anggaran kos kerja peningkatan Masjid Ar-Raudhah adalah $6 juta.



Pihak masjid berharap masyarakat Islam terus membantu dan menyumbang pada dana peningkatan ini agar kerja peningkatan berjalan lancar.



Menurut Naib Pengerusi Masjid Ar-Raudhah, Encik Suhaimi Wagiman, antara prasarana masjid yang bakal dinaik taraf nanti adalah peluasan ruang solat.



Buat masa ini, Masjid Ar-Raudhah boleh menampung 3,000 jemaah dan dengan peningkatan yang sedang dirancang ini, pihak masjid berharap dapat menampung sehingga 3,500 jemaah.



Pihak masjid juga ingin membina sebuah dewan serbaguna di aras dua untuk kegunaan program masjid. Ia juga boleh disewakan untuk majlis perkahwinan dan sebagainya.



"Pembinaan dewan serbaguna ini akan mempunyai koridor berbumbung mesra alam yang ditembusi cahaya matahari ke aras satu, justeru ini dapat menjimatkan elektrik," kata Encik Suhaimi.



Masjid Ar-Raudhah adalah salah satu masjid yang menyediakan pengurusan jenazah, tetapi masjid ini tidak mempunyai bilik urusan jenazah disebabkan ruang terhad.



Justeru, ia mengambil kesempatan sempena projek peningkatan ini untuk membina sebuah bilik pengurusan jenazah agar ia dapat memberikan khidmat yang lebih menyeluruh.



Masjid Ar-Raudhah juga ingin menyiapkan ruang meletak motosikal dan basikal.



Ini kerana ramai jemaah meletakkan motosikal dan basikal mereka di laluan kaki lima pekarangan masjid dan ini menghalang pejalan kaki.



Selain itu, Masjid Ar-Raudhah juga ingin membina tandas dan tempat wuduk di aras dua serta memperbaiki dan meratakan lantai agar mudah digunakan oleh pengguna berkerusi roda.



"Kami harap dapat mencapai matlamat dana menjalankan kerja peningkatan agar boleh memberi keselesaan kepada jemaah.



"Melalui projek pengumpulan dana ini, kami juga berharap dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk berwakaf dan berinfak," kata Cik Maszita.




"Pihak masjid juga mempunyai projek tersendiri bagi mengumpul dana. Contohnya, kami telah memberikan kad sumbangan Masjid Ar-Raudhah 2021 dalam bentuk sampul surat kepada murid-murid tadika dan madrasah kami supaya mereka dapat membantu mengumpulkan dana melalui waris mereka. Kakitangan masjid dan kumpulan Muslimah Masjid Ar-Raudhah pula mempunyai tabung keluarga, di mana mereka boleh menabung dan tabung itu akan dipulangkan ke Masjid Ar-Raudhah apabila sudah penuh. Projek menabung ini masih berterusan hingga akhir tahun ini.''
- Pengurus Masjid Ar-Raudhah, Cik Maszita Mohammad.




CARA MENYUMBANG



- PayNow: UEN S93MQ0024E



Selepas membuat sumbangan, sila Whatsapp kepada talian 9461-4306.



- Pemindahan bank: OCBC Current 501-806368-001



- Cek kepada: Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah.



Alamat: Masjid Ar-Raudhah, 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >