Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelepasan sewa bagi SME layak, badan bukan cari untung dalam hartanah komersial

May 29, 2021 | 05:30 AM



PELEPASAN sewa akan disediakan bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) dan pertubuhan bukan mencari keuntungan yang mempunyai pendapatan tahunan tidak melebihi $100 juta dan merupakan penyewa hartanah komersial yang layak.



Menurut Kementerian Kewangan (MOF), hartanah yang layak termasuk kedai, sekolah privet, bangunan sukan dan riadah, premis daya tarikan pelancong serta lokasi bagi mesyuarat, insentif, sidang dan pameran (Mice).



Bagi hartanah komersial milik pemerintah, MOF akan memberikan pelepasan sewa sebanyak sebulan bagi penyewa yang layak.



Ini serupa dengan pengecualian sewa bagi gerai-gerai penjaja makanan dan kedai kopi yang diumumkan sebelum ini.



"Penyewa boleh mengagihkan pelepasan sewa diterima kepada penyewa kecil yang layak, jika ada,'' kata kenyataan MOF.



Bagi hartanah komersial swasta, Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) akan memberikan bayaran tunai sewa sebanyak 0.5 bulan secara langsung kepada penyewa yang layak di bawah satu Skim Sokongan Sewa yang baru.



Ini adalah tambahan kepada pengecualian sewa atau rebat yang pemilik hartanah berikan kepada penyewa semasa tempoh itu.



Bayaran itu akan diberikan dari pertengahan Ogos dan dikira berdasarkan sewa kasar terkini antara 14 dengan 29 Mei.



Dalam sidang akhbar, Menteri Kewangan Lawrence Wong berkata pemilik hartanah boleh memadankan pelepasan sewa selama setengah bulan bagi menyokong penyewa.



Bagi pemilik hartanah yang mengendalikan SME atau pertubuhan tidak mencari untung dalam hartanah milik mereka, mereka juga layak mendapat bayaran tunai.



Ia akan dikira berdasarkan nilai tahunan hartanah tahun ini atau sebahagiannya pada 14 Mei.



Kebanyakan penyewa yang layak dan pemilik akan menerima bayaran tunai secara automatik tanpa membuat permohonan, kata MOF.



Namun, bayaran tunai tidak akan diberikan secara automatik bagi penyewa yang menyewa sebahagian hartanah atau penyewa yang menyewa gabungan hartanah pelbagai guna seperti rumah kedai yang digunakan bagi kedua-dua kegunaan runcit dan perumahan.



Sebelum ini, beberapa badan niaga menyuarakan keprihatinan mengenai perniagaan mereka yang susut dalam Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat).



Perniagaan makanan dan minuman (F&B) misalnya secara umum merosot sebanyak 40 hingga 90 peratus setelah orang ramai tidak dibenarkan makan di luar, menurut Persatuan Restoran Singapura (RAS).



Untuk membantu perniagaan F&B di Singapura, RAS telah memohon mendapat sokongan sewa daripada pemilik perniagaan, serta rebat atau pengecualian sewa 100 peratus.



Pemilik I Am Cafe, Encik Jamuri Busori mengakui ia amat mencabar untuk terus bertahan setelah pendapatannya merosot sebanyak 80 peratus dan berkata pengecualian sewa dapat membantu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >