KEMPEN tahunan Sentuhan Ramadan kali ini bercirikan inisiatif yang penting untuk keselamatan dan kesejahteraan para jemaah masjid.
Antaranya, pelancaran Piagam Perkhidmatan Masjid diwujudkan untuk mengingatkan jemaah dalaman (pasukan masjid) dan jemaah luar tentang niat utama ketika berada di rumah Allah iaitu mencari keberkatan-Nya.