Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Peluang anda temui 'Jaguh Memasak'

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



BAZAR Ramadan di Geylang Serai merupakan antara perkara yang dinanti-nantikan ramai setiap tahun menjelang bulan Ramadan.



Malah, bagi segolongan masyarakat Melayu/Islam di sini, mengunjungi Bazar Ramadan seolah-olah perkara wajib.



Apakan tidak? Di situlah segala keperluan Raya dijual - baju kurung, capal, songkok, langsir, kuih-muih dan banyak lagi.



Namun, saban tahun, lebih ramai yang mengunjungi Bazar Ramadan Geylang Serai bukan hanya untuk membeli keperluan Raya, tetapi untuk menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman yang tersedia.



Malangnya, dek pandemik Covid-19 yang masih mencengkam dunia, bazar itu terpaksa ditiadakan tahun ini, sama seperti tahun lalu.



Bagi mereka yang akan merindui suasana Bazar Ramadan Geylang Serai, usah khuatir kerana mulai 8.30 malam ini, satu siri video baru hasil kerjasama Berita Harian (BH) dan Wisma Geylang Serai (WGS) akan ditayangkan dan boleh ditonton untuk 'mengubat rindu'.



Siri video 10 episod itu yang berjudul Jaguh Memasak akan mengetengahkan peniaga-peniaga makanan dan minuman di bazar Ramadan Geylang Serai.



Setiap episod sepanjang sekitar 25 minit itu akan dikongsi di Facebook BH Singapura dan WGS setiap Jumaat, termasuk sepanjang bulan Ramadan akan datang.



Pada setiap episod, salah seorang peniaga akan mengajar cara memasak hidangan istimewa dan mengajak penonton bersiar-siar di sekitar kawasan Geylang Serai.



Mereka juga akan berkongsi kenangan manis yang pernah dilalui di sana, serta inspirasi memulakan perniagaan mereka sendiri.



Satu episod khas Hari Raya juga akan ditayangkan pada malam Aidilfitri pada 8.30 malam.



Jaguh Memasak dihoskan wartawan BH, Cik Natasha Mustafa, dan pelakon veteran, Encik Husin Saaban.



Cik Natasha berkata pengalaman merakam Jaguh Memasak telah membuka matanya kepada pengalaman yang dilalui peniaga bazar.



"Melalui projek ini, saya telah mempelajari latar belakang jaguh-jaguh kita.



"Selalunya apabila kita berada di bazar, kita sering bergegas untuk membeli makanan atau minuman dan tidak pernah terfikir siapa yang mengendalikan perniagaan itu.



"Pengalaman ini juga membuat saya rasa rendah hati kerana berpeluang bercakap dengan peniaga-peniaga itu.



"Ada yang telah berniaga bertahun-tahun dan ada juga yang berinovasi dan telah mengubah makanan yang ditawarkan di bazar," ujarnya.



Beliau turut menambah bahawa melalui perkongsian peniaga itu, banyak yang telah dipelajari tentang bagaimana perniagaan-perniagaan itu dapat bertahan dan membuat penyesuaian dalam pandemik Covid-19 ini.



Dalam episod-episod yang bakal ditayangkan, Cik Natasha dan Encik Husin telah dicabar untuk memasak hidangan-hidangan yang telah disediakan para 'jaguh'.



"Saya rasa ini akan menarik perhatian penonton dan membuat mereka ketawa.



"Encik Husin tu competitive juga ya!" seloroh Cik Natasha.



Dalam pada itu, Encik Husin turut menggalakkan orang ramai menonton siri video baru tersebut.



Katanya: "Bagi saya, masakan yang dipaparkan amat menarik dan enak. Penonton juga dapat ilmu dan lihat bagaimana saya yang tak pandai memasak ni, disuruh cuba memasak."



Siri video tersebut diarah oleh wartawan BH, Encik Harith Mustaffa, dan diterbitkan bersama beliau, Cik Natasha serta Cik Zubaidah Lah dari WGS.



Diminta berkongsi perasaan beliau tentang tayangan Jaguh Memasak malam ini setelah sekian lama dirancang dan dihasilkan, Encik Harith berkata:



"Saya tidak sabar untuk menontonnya dan saya harap penonton juga akan terhibur dan dapat meraih ilmu baru apabila menonton siri Jaguh Memasak ini.



"Yang penting bagi saya adalah persahabatan yang dibina antara kakitangan BH dengan WGS, serta keserasian hubungan hos Cik Natasha dan pelakon veteran Encik Husin Saaban."



Episod pertama Jaguh Memasak ditayangkan di Facebook BH Singapura dan Wisma Geylang Serai pada 8.30 malam ini.



"Selalunya apabila kita berada di bazar, kita sering bergegas untuk membeli makanan atau minuman dan tidak pernah terfikir siapa yang mengendali perniagaan itu.




Pengalaman ini juga membuat saya rasa rendah hati kerana berpeluang untuk bercakap dengan peniaga-peniaga yang berlainan, ada yang telah berniaga bertahun-tahun dan ada juga yang berinovasi dan telah mengubah makanan yang ditawarkan di bazar."
- Hos 'Jaguh Memasak' dan wartawan BH, Cik Natasha Mustafa



"Bagi saya, masakan yang dipaparkan amat menarik dan enak, penonton juga dapat ilmu dan lihat bagaimana saya yang tak pandai memasak disuruh cuba memasak."
- Hos 'Jaguh Memasak' dan pelakon veteran, Encik Husin Saaban




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >