Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ATTAWASOL INSANIY

Peluang bantu golongan memerlukan

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



ALHAMDULILLAH, pejam celik kita sudah dalam pertengahan Ramadan.



Sebenarnya, persiapan mencernakan semua kegiatan ibadah agar ia menjadi sesuatu yang rutin dan ringan untuk dilakukan telah dimulakan dan ditunjuk ajar oleh ulama sejak dini lagi.



Ia adalah untuk menikmati kesyahduan dan keberkahan yang dijanjikan Allah swt dengan pelbagai anugerah dan kemuliaan.



Setiap amalan sunnah di bulan Ramadan menjadi ladang pahala tersendiri bagi umat Islam yang menjalankannya dengan sungguh-sungguh.



Seiringan dengan kelebihan dan kemuliaan yang terdapat di dalam bulan suci Ramadan ini, Attawasol Insaniy Singapore menawarkan acara tahunan 'Bingkisan Ramadhan' kepada rakyat Singapura agar dapat berpeluang untuk beramal demi mendapatkan saham akhirat yang dijanjikan Allah swt.



Walaupun kita telah menghampiri pertengahan bulan yang suci ini, anda masih belum terlambat untuk menyertai khidmat-khidmat yang kami sediakan.



Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Mari kita sama-sama merealisasikan harapan penduduk yang memerlukan, pelajar dan juga anak-anak syurga di rumah kebajikan dengan memberi bantuan kepada mereka.



Attawasol Insaniy menawarkan Khidmat Pembacaan Al-Quran untuk khataman secara individu dan jamak, serta pembacaan Tahlil Setiap Hari untuk arwah- arwah tersayang.



Untuk khidmat ini, sijil tanda pelaksanaan pembacaan seluruh 30 Juzuk Al-Quran di atas nama-nama arwah (individu) dan qari akan dikirimkan di akhir bulan Syawal kepada peserta menerusi pos.



Apa yang kami usahakan adalah sesuatu yang tidak lain, hanya ingin mengundang pandangan Rahmat Allah swt bersama-sama jemaah yang menaburkan ihsan.



Ini adalah usaha mulia untuk menaik taraf mutu kehidupan para penerima pengagihan. Sering sekali saya mendengar rintihan doa-doa yang terbaik dari mereka lantunkan untuk para penderma.



Pengagihan iftar/sahur kepada penerima agihan di Indonesia telah bermula.



Kami adakan sedikit tambahan dan pembaharuan pada tahun ini, selain dari memasakkan lauk-pauk dari daging kambing dan ayam, kami juga memberikan keperluan dapur dan juga kurma dari jenis yang lebih baik yang kami hantarkan dari Singapura.



Oleh kerana kami tidak dapat bersama untuk mengagihkannya, kami tidak mengecewakan penerima agihan yang sangat berharap akan bantuan kami. Rakan-rakan sukarelawan yang berada di Indonesia telah menjalankan amanah ini.



Ini adalah tahun ke-16 kami jalankan kegiatan ini.



Tahun ini, senarai tumpuan kami adalah di lokasi komuniti perkampungan pedalaman dan pergunungan Yogyakarta di Kulon Progo, Sleman; Panti Asuhan Daarut Taqwa (Rumah Anak Yatim kelolaan Attawasol Insaniy Singapore); Pesantren Daarut Tauhied, Purworejo (Pesantren kerjasama Khidmat Khataman Al-Quran) juga di kota Bondowoso, Kalimantan; para penduduk kampung di Kepulauan Riau dan Pesantren Rubat Al-Ghanna, Banten.



Semua khidmat Ramadan akan ditutup pada 3 Mei ini, bersamaan 21 Ramadan 1442, kecuali Fidyah dan Wakaf Pembinaan Anak Yatim dan Badal Haji.



Semoga Allah swt menerima, memberkahi semua sumbangan dan amal ibadah kita.



  • Penulis adalah Pengasas Attawasol Insaniy.


MAHU BERTANYA?



- Untuk pertanyaan hubungi talian 6344-6334, 9272-9132, 9027-3547.



- Sila lungsuri www.bit.ly/Khataman2021 untuk maklumat lanjut.



- Anda juga dapat melihat perkembangan pengagihan di laman Facebook: Attawasol Insaniy Singapore



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >