Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang luas cari kerja, latihan dalam bidang baru

Terdapat lebih 13,700 peluang pelatih, bekerja sambil belajar di bawah Program Laluan Kerjaya Pertengahan SGUnited
Jan 10, 2021 | 05:30 AM



TANPA pengalaman dalam bidang pertumbuhan baru, golongan dalam kerjaya pertengahan boleh mencari pekerjaan atau mendapat peluang latihan.



Lebih 13,700 peluang pelatih dan bekerja sambil belajar disediakan untuk golongan itu di bawah Program Laluan Kerjaya Pertengahan SGUnited.



Sejauh ini, sekitar 430 individu sudah ditempatkan di kira-kira 170 syarikat di bawah program itu.



Antara mereka yang sudah meraih manfaat ialah Encik Muhammad Helmy Razali, dan Encik Mohamed Dzul'Aizat Mohamed Amin, yang masing-masing menceburi bidang teknologi di sebuah bank dan infokom (ICT).



Baru-baru ini, Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo menyatakan meskipun Program Laluan Kerjaya Pertengahan SGUnited menunjukkan rentak pertumbuhan tetapi kadar mereka yang mendapatkan peluang latihan dan pekerjaan itu masih tidak sepantas yang diharapkan.



Diperkenalkan Ogos lalu, pelatih dapat menerima elaun latihan bulanan antara $1,400 dengan $3,000, dengan 80 peratus dibiayai pemerintah.



Encik Helmy, 33 tahun, memutuskan untuk meninggalkan kerjaya mantap dalam bidang keselamatan fizikal selama lebih sedekad sebagai Penolong Pengurus Kanan di Hospital Alexandra demi mengejar impian dalam bidang teknologi.



Lulusan ijazah sains dalam sistem maklumat perniagaan dengan kepujian dari Universiti Portsmouth itu menyertai Program Penerapan Teknologi dalam Kewangan kendalian Institut Perbankan dan Kewangan (IBF) dan Tenaga Kerja Singapura (WSG).



Kini, beliau bertugas sebagai pelatih penganalisis pusat operasi keselamatan di bank Jerman, Deutsche Bank.



Bersyukur dengan peluang yang diberi itu, Encik Muhammad Helmy mengaku tidak mudah membuat perubahan, apatah lagi sebagai pekerja di pertengahan kerjaya.



"Perjalanan belajar untuk memperolehi pengetahuan diperlukan dan kecekapan teknikal dalam masa yang sangat singkat, memang adalah mencabar.



"Mujur, pasukan Deutsche Bank banyak menyokong dan membimbing saya dalam pekerjaan dengan penuh kesabaran.



Seorang lagi ialah Encik Mohamed Dzul'Aizat Mohamed Amin, yang meninggalkan kerjaya sebagai seorang pengamat operasi dalam industri dana perlindungan (hedge).



Ini didorong minat dalam sektor teknologi infokom (ICT) yang berkembang pesat.



Menurut Encik Dzul'Aizat, 29 tahun, yang kini bertugas sebagai eksekutif pelaksanaan sistem penjualan bersama syarikat Singtel:



"Sebelum menyertai program ini saya meneroka pilihan lain seperti kerja tetap, tetapi banyak syarikat tidak terbuka menggajikan mereka yang tidak berpengalaman, terutama semasa waktu pandemik ini.



"Program SGUnited ini menyediakan peluang untuk mereka seperti saya dilatih dalam bidang baru dan putuskan untuk menyertainya kerana yakin mendapat pengalaman itu adalah penting pada saat ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >