Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:40
Maghrib
7:22
Isyak
8:33

Peluang sertai Hi-Tea Amal sempena ulang tahun masjid ke-30

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hidayah
32
0

MASJID AR-RAUDHAH

Peluang sertai Hi-Tea Amal sempena ulang tahun masjid ke-30

Jan 13, 2023 | 05:30 AM

MASJID Ar-Raudhah bakal melancarkan Majlis Hi-Tea Amal pada 29 Januari ini di Hotel Furama Riverfronts sempena meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-30.

Pengurus Masjid Ar-Raudhah, Cik Maszita Mohamad menjelaskan, selain mengeratkan hubungan silaturahim, majlis itu juga bertujuan mencari dana pembangunan masjid tersebut yang sudah dibina sejak 24 Januari 1993.

"Pada tahun ini, kami meraikan sambutan ulang tahun dengan penuh kesyukuran kerana Masjid Ar-Raudhah masih lagi dikurniakan rahmat untuk terus berdiri utuh sebagai sebuah masjid masyarakat selama 30 tahun lamanya.

"Secara umumnya, Majlis Hi-Tea Masjid Ar-Raudhah diadakan bukan hanya untuk menyambut ulang tahun istimewa masjid, tetapi ia juga bakal menjadi wadah bagi masyarakat menyumbang kepada tabung peningkatan masjid.

"Insya-Allah, sebahagian hasil kutipan akan disalurkan kepada usaha menampung projek pembangunan Masjid Ar-Raudhah yang akan datang.

"Justeru, kami amat mengalu-alukan kedatangan dan sokongan daripada semua pihak bagi memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini," kata beliau.

Pengerusi Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan pula menambah, Majlis Hi-Tea ini juga dijadikan satu platform penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyempurnakan pelbagai program masjid sebelum ini.

"Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa, sukarelawan, pegawai masjid, imam dan bilal serta jemaah yang telah menyokong program-program masjid selama ini.

"Tidak dilupakan juga kepada wakil rakyat dan rakan-rakan akar umbi dari Kelab Masyarakat (CC) Bukit Batok, Kelab Masyarakat Hillview, Kelab Masyarakat Hong Kah serta kelab-kelab masyarakat yang berdekatan kerana banyak membantu melancarkan khidmat mesra kepada masyarakat di Bukit Batok," ucap beliau.

Lebih istimewa lagi, Majlis Hi-Tea tersebut juga akan berlangsung dengan selitan pelbagai acara.

Cik Maszita memberitahu: "Majlis Hi-Tea Amal yang berlangsung dari 1.30 hingga 5 petang ini akan dirancakkan oleh personaliti radio Adi Rahman selaku pengacara majlis.

"Ia juga bakal diserikan dengan kehadiran Ustaz Muhammad Nuzhan Abdul Halim sebagai penceramah jemputan yang bakal menyampaikan perkongsian ilmu agama kepada para tetamu.

"Majlis ini akan turut dimeriahkan dengan kemunculan artis terkenal tanah air, Imran Ajmain, dan dimeriahkan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan undangan, Tasnim Islamic Entertainment.

"Sambil menelaah ilmu agama dan berhibur, tetamu yang hadir boleh menikmati hidangan enak di hotel bertaraf empat bintang dalam suasana yang santai."

Orang ramai yang ingin mengikuti Majlis Hi-Tea Amal ini boleh mendaftarkan diri dengan bayaran $100 seorang sebelum 20 Januari ini.

Daftar nama seberapa segera kerana tempat sangat terhad.

Selain Majlis Hi-Tea Amal, Masjid Ar-Raudhah turut menganjurkan pelbagai inisiatif bagi menyemarakkan sambutan ulang tahunnya.

"Sebagai memperingati ulang tahun penubuhan masjid, kami turut merancang beberapa program khas seperti Khatam Jamaie dan pelbagai program lagi kepada jemaah di Masjid Ar-Raudhah.

"Semoga program-program yang diadakan akan terus mendapat sambutan daripada jemaah, sekaligus dapat memakmurkan Masjid Ar-Raudhah ke arah masjid yang mesra masyarakat.

"Dengan bertambahnya usia masjid, kami berharap agar ia dapat memperkukuh iltizam seluruh warga kerja Masjid Ar-Raudhah dalam membentuk masyarakat holistik melalui pembelajaran teras agama dan perkhidmatan yang efektif," ujar Cik Maszita.


CARA SERTAI MAJLIS HI-TEA AMAL

– Imbas kod QR yang disediakan
– Langsung ke kaunter sambutan
– Daftar di https://bit.ly/30thAnniversaryHi-Tea
– Dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian 6899 584-5840 .


CARA MENYUMBANG KEPADA MASJID AR-RAUDHAH

– PayNow ke: UEN S93MQ0024E. Isikan “Infaq MUP” dalam ruangan rujukan. Selepas membuat sumbangan, sila Whatsapp kepada talian 9461-4306.
– Pemindahan akaun: Akaun Semasa OCBC 501-806368-001
– Cek atas nama: Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah yang beralamatkan 30, Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.
– Imbas kod QR di bawah ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3